bila ketam melayu haprak yg mana rata2 msk ipta dgn ptptn berbndg ipts tajaan mara...

66 kolej berdepan risiko 'gulung tikar'
Oleh Rosniza Mohd Tahayoniza@bharian.com.my
Kemampuan kewangan, jumlah pelajar diauditSERI KEMBANGAN: Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan audit terhadap 66 kolej swasta, majoriti milik Bumiputera yang berdepan risiko 'gulung tikar' kerana masalah kewangan dan kekurangan pelajar. Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata jika hasil audit menunjukkan keadaan kewangan kolej terbabit tenat, ia akan dinasihatkan supaya tidak meneruskan operasi dan mendapat kelulusan memperbaharui lesen.
Bagi mengelak penutupan operasi, beliau berkata, kolej berkenaan boleh bergabung membentuk konsortium supaya dapat mengumpul sumber kewangan dan menjimatkan perbelanjaan. Namun, katanya, kolej terbabit tidak boleh mengharapkan agensi seperti Mara dan Jabatan Perkhidmatan Awam menaja pelajar mengikuti pengajian di kampus mereka bagi meningkatkan kemasukan kerana pihak terbabit hanya akan memilih institusi pengajian tinggi swasta berwibawa sebagai jaminan kualiti. "Kini ada 121 kolej swasta Bumiputera dan sebahagian besar sedang menjalani audit kementerian kerana berdepan masalah meneruskan operasi terutama membabitkan kewangan dan enrolmen pelajar.
"Jika hasil audit tidak memuaskan, kolej terbabit akan dinasihatkan tidak meneruskan operasi supaya kita boleh memberi lebih tumpuan terhadap kolej berwibawa bagi membangunkan sektor pengajian tinggi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Kolej Teknologi Timur (KTT) kelapan, di sini, semalam. Seramai 400 graduan KTT menerima sijil dan diploma, termasuk 34 graduan sulung Program Usaha Sama Universiti Teknologi Mara, iaitu Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik dan Media Digital), Diploma Sains dan Pra Diploma Sains.

patutnya pakcik ni kena p patent dulu baru msk paper...


Pesara guru dakwa temui penawar selesema babi
Oleh Ridzuan Ahmad
bhnews@bharian.com.my

ROMLI menunjukkan tujuh ramuan herba yang dipercayai mampu mencegah penularan wabak H1N1 di kediamannya



200 pelanggan pulih selepas ambil herba diadun jadi kapsul

PENDANG: Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.



Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

ramai dah jd pelakon sejak mawi cuba nsb dlm jin noti gara2 pm seorg pahang yg mana sltn nya gmr bg drjh kpd artis...



Khairy berlakon pemandu teksi
PUTRAJAYA: Pelayar laman web Youtube mungkin terkejut jika menyaksikan satu klip video yang memaparkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memandu teksi.Dalam klip video selama 41 saat itu, Ahli Parlimen Rembau beraksi pemandu teksi lengkap berseragam putih dan mempunyai kad pemandu teksi tertera namadengan nombor 0076197.Bagaimanapun, itu adalah lakonan Khairy dalam filem pendek berjudul ‘Meter’ arahan Lim Benji.Filem itu satu daripada 15 filem pendek diarahkan 15 pengarah berlainan bagi Pameran Pengeluar Filem Malaysia.


innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
innity_country = "MY";innity_path = "/200907_1751/7682/";innity_proxy = "proxy_7051";innity_ord = "ord=[timestamp]";

Hingga berita ini dilaporkan, klip video itu dilayari kira-kira 6,700 pelawat.
Antara dialog yang menarik perhatian dalam lakonannya itu ialah apabila dia memarahi seorang penumpang didakwanya tidak patriotik sehingga menyebabkan penumpang itu keluar dari teksinya.“Aku tak nak dengar lagi. Kau ni rakyat Malaysia kan. Kau tak patriotik.”Filem pendek itu boleh disaksikan menerusi laman web iaitu www.P1.com.my mulai 9 September depan.Selain Khairy menampilkan bakat dalam filem pendek itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut sama menunjukkan kebolehan berlakon menerusi ‘Healthy Paranoia’ diarahkan Khairil M Bahar.Menerusi filem pendek itu, Liow yang juga Naib Presiden MCA memainkan peranan sebagai Menteri Kesihatan didatangi dua eksekutif jualan bagi mempromosi kempen antiminuman keras.Dalam klip video satu minit 40 saat itu boleh melihat jelas pelekat pada botol minuman keras itu iaitu ‘Amaran. Jangan memandu kereta selepas minum arak’.