Megan Fox teringin jadi ibu
MEGAN Fox dipilih sebagai model terbaru jenama Emporio Armani.
LOS ANGELES: Pelakon seksi, Megan Fox berkata beliau tidak sabar menunggu peranan paling diidamkannya iaitu menjadi seorang ibu.
“Tiada siapa percaya apabila saya membincangkan perkara ini. Namun saya benar-benar tidak sabar menjadi seorang ibu,” kata Fox, 23, kepada majalah W.
Namun beliau menambah: “Saya bimbang tidak mempunyai peluang mendapatkan anak kerana kesuntukan masa mengejar kerjaya. Namun saya yakin mampu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak.”
Fox juga mendedahkan kebimbangannya mengenai beberapa wanita seangkatannya di Hollywood.
“Saya tidak percayakan sesiapa dalam industri ini, lebih-lebih lagi gadis dalam industri ini kerana ia satu persaingan hebat dan saya tidak berminat (untuk bersaing),” katanya.
Fox berkata beliau tidak yakin dengan keupayaannya berlakon dan menjadi model walaupun meraih kejayaan dalam filem Transformers dan sebagai wajah baru seluar dalam dan jeans Emporio Armani.
“Kelemahan utama saya ialah takut. Saya tidak mempunyai keyakinan dan disebabkan itu saya sering teragak-agak mengenai diri sendiri,” katanya.
Mengenai peragaan, beliau menambah: “Saya rasa terhina disebabkan fesyen. Saya benci melakukan penggambaran.”
Satu perkara yang amat diyakininya ialah daya tarikan seksualnya sebagai model Armani.
“Ada beberapa wanita yang memakai seluar dalam dan mengambil gambar mereka dan ia kelihatan klasik namun tidak semestinya mencetuskan imej sebaliknya,” katanya.
“Namun mengenai saya, dengan pantas jika saya memakai pakaian dalam, saya adalah gadis Vargas,” tambahnya merujuk kepada Alberto Vargas, pelukis gadis dinding Peru terkenal.
Kenapa mempromosi Nikah Siam Bro? Alangkah indahnya jika Wali adalah Bapa/saudara lelaki sendiri?
ReplyDeleteBukankah lebih berkat pernikahan jika pernikahan yang direstui oleh ibu bapa yang membesarkan kita sejak lahir hingga ke besar? Cubalah promosi pernikahan yang direstui oleh orang tua, ikut cara yang diberkati Allah..
tunngu ebook RAHSIA NIKAH SIAM (RNS) untuk mengupas jawapan anda...
ReplyDelete