dalam islam nabi mana ada dating2 nih... entah2 mamat tuh kena fitnah je lebih.

Disamun kekasih pada pertemuan pertama


2010/05/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Temu janji makan malam seorang eksekutif perakaunan bersama teman lelakinya berakhir dengan kejadian malang, apabila dia menjadi mangsa samun lelaki itu.
Dalam kejadian jam 8.30 malam Rabu lalu, mangsa berusia 24 tahun itu dijemput kekasihnya dengan sebuah kereta untuk menjamu selera, namun suasana romantik bertukar tragedi apabila dia diacukan pisau oleh lelaki itu yang mengugut dan meminta dia menyerahkan barang berharga.


Difahamkan, ketika dalam perjalanan ke kedai makan di Jalan Raja Laut, suspek mengacukan pisau kepada mangsa sebelum merampas beg tangannya.


Menurut sumber, mangsa yang tergamam dengan tindakan mengejut teman lelakinya itu terpaksa menyerahkan beg tangan kerana takut dicederakan.


“Kemudian mangsa dipaksa turun di tepi jalan sebelum lelaki terbabit meninggalkannya seorang diri.


“Beg tangan mangsa mengandungi dua telefon bimbit jenama Samsung dan Nokia, dua cincin emas, seutas rantai tangan emas dan serangkai kunci pejabat,” katanya. Menurut sumber lagi, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum teman lelakinya berusia 22 tahun itu ditahan sejurus laporan itu dibuat.

menyayat hati... budak2 tak perlu bawak kereta jika bawah 25 tahun sepatutnya.

Suami isteri maut lepas daftar anak


2010/05/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Baru beberapa jam mendaftar anak di sebuah kolej, suami isteri menemui ajal apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kemalangan di Kilometer 296.7, Lebuhraya Utara- Selatan menghala Kuala Lumpur, berhampiran susur keluar Bangi, dekat sini, kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Ahmad Ariffin Ahmad Manap, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya Zainab Jusoh, 54 meninggal dunia ketika di Hospital Serdang.


Zainab seorang penerbit rancangan televisyen di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala suaminya bekas juruteknik di stesen sama.


Jurucakap polis trafik berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas menghantar anak mendaftar di sebuah Kolej di Seremban, Negeri Sembilan.


“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu anak mereka yang berusia 19 tahun dan ketika sampai di lokasi kejadian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok.


“Suami mangsa di bahagian penumpang hadapan tersepit dan maut di tempat kejadian manakala isterinya di belakang dikejarkan ke hospital parah,” katanya.

DAH BAPAK (BIJAN PM MY) BOREK, ANAK RINTIK LAH... ENTAH BERAPA RAMAI DAH, MAMAT TU PERKOSA WANITA, KAN? HIDUP SHAHRIZAT & THE GENG "ANTI" ISLAM NABI!

Ugut wanita hamil angkara rasuah seks


2010/05/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pegawai kanan kerajaan kini disiasat polis berhubung satu laporan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang juga seorang pengusaha gerai makanan di sebuah daerah di negeri ini berhubung skandal seksnya.
Menurut sumber, pegawai terbabit meminta habuan seks untuk menolong mangsa memperoleh tapak sebuah rumah kedai bagi tujuan membuka perniagaan gerai berkenaan dan mangsa bersetuju dengan permintaannya itu.


Sumber berkata, pegawai itu dan wanita terbabit kemudiannya bersetuju berjumpa kali pertama di satu tempat sebelum mereka dikatakan melakukan hubungan seks.


Selepas hubungan kali pertama itu, mangsa memperoleh apa yang dikehendakinya sebelum kedua-dua mereka bertemu sekali lagi di satu tempat dan melakukan hubungan seks.


Bagaimanapun, sumber berkata, selepas pertemuan kali kedua itu, mangsa kemudiannya mendapati dirinya tidak datang haid dan dipercayai mengandung anak hasil hubungan dengan pegawai terbabit.


“Perkara itu sampai kepada pengetahuan pegawai kanan kerajaan terbabit menyebabkan dia terkejut dan panik. Dipercayai bimbang rahsia hubungan sulitnya dengan mangsa terbongkar, pegawai berkenaan mendesak wanita itu menggugurkan kandungannya.


“Begitupun, mangsa enggan menuruti permintaan pegawai terbabit biarpun didesak dan diugut beberapa kali,” katanya.

MEMANG AWEX LUCAH PONG DIA NIH... KLIK IMEJ.


Bruni pernah promosi buku panduan seks


2010/05/31
PARIS: Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni, dikejutkan dengan tindakan laman web YouTube menyiarkan satu video menunjukkan beliau berbual dalam tujuh bahasa ketika mempromosi buku mengenai cara lelaki dan wanita melakukan hubungan seks dalam satu program bual bicara.

Klip video itu disiarkan di YouTube sebelum dikeluarkan berikutan satu dakwaan pemalsuan hak cipta. Laman web Gawker.com terakhir menyiarkan rakaman itu.
Rancangan bual bicara itu adalah Eurotrash pada 1996 dan buku mengenai cara berasmara itu dipromosi Bruni berjudul Hot International Sex Guides.
Dalam perbualan dengan hos lelaki rancangan itu, Bruni mengajarnya berkata ‘Adakah anda suka payudara saya’ dalam beberapa bahasa. – Agensi
Gawker.com

SAPER SALAH, KERAJAAN YANG BAGI SUBSIDI ATAU PENJAGA SEMPADAN SAMPAI TERLEPAS PENYELUDUP? DAH NAMA PUN Be eNd MANA ADA KREDIBILITI JADI PEMIMPIN BAIK!

Peniaga Thai jual gula subsidi


2010/05/31
BALING: Ketika peniaga dan pengguna di beberapa negeri di negara ini mengeluh kerana sukar mendapat bekalan gula, keadaan sebaliknya berlaku di selatan Thailand apabila gula pasir bersubsidi untuk kegunaan rakyat tempatan dijual secara bebas di negara itu.

Tinjauan di daerah Pattani, Thailand, semalam mendapati, gula pasir keluaran Malaysia, iaitu Gula Prai yang dikhaskan untuk kegunaan tempatan dijual di merata tempat secara terbuka di kedai runcit dan pasar malam di situ.
Keadaan itu menggambarkan seolah-olah gula pasir bersubsidi keluaran Malaysia terlalu mudah diseludup keluar ke Thailand.
Seorang pekedai runcit, Wejah Wesamael, 73, berkata dia tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan gula dari Malaysia kerana bekalan banyak.

Katanya, walaupun beliau difahamkan gula itu dihadkan untuk pasaran Malaysia, mereka tidak menghadapi masalah mendapatkannya walaupun dengan harga RM2.50 sekilogram.

“Bekalan tidak pernah putus kerana setiap minggu ada pemborong datang menghantar bekalan dan saya menjualnya dengan harga RM2.50 sekilogram,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Cabang Tiga, Pattani, Thailand.

Wejah berkata, dia tidak tahu dari mana pemborong terbabit mendapatkan bekalan kerana tidak mahu ambil tahu, sebaliknya apa yang penting ia mendapatkan stok untuk dijual kepada penduduk di kampungnya.
Sementara itu, tinjauan di pekan Baling mendapati, ramai pengguna, terutama peniaga makanan dan minuman merungut sukar mendapat bekalan gula.

Seorang pengusaha kedai makan, Soria Mat Zanu, 40, berkata dia sukar mendapatkan bekalan sejak beberapa minggu lalu apabila hanya dapat membeli bahan pemanis itu dalam kuantiti yang sedikit saja.

"Saya pernah tidak dapat berniaga dan menutup kedai beberapa hari kerana bekalan gula terputus di pekan ini.

"Pihak berkuasa sepatutnya memastikan bekalan gula untuk keperluan rakyat tempatan mencukupi," katanya.

“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej... SAMA GAK DENGAN KES POLIGAMI & ETCS DIPANDANG CAM BUAT SALAH BESAR

Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch


2010/05/31
sebelum - selepas
PERTUBUHAN Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.

“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam.

makcik keling ni patut letak jawatan sebab punca kepada segala masalah sosial... klik imej.

Shahrizat berkata, punca utama terjadinya kes pembuangan bayi dan bayi luar nikah kerana sikap ibu bapa serta masyarakat sibuk dengan urusan seharian tanpa menghiraukan anak mereka.

“Kami bukan menggalakkan anak luar nikah tetapi hanya untuk membantu bayi tidak bersalah supaya mempunyai masa depan lebih cerah bersama keluarga angkat.


Hukum ‘bapa ghaib’
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
2010/05/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: ‘Bapa ghaib’ kepada bayi yang dibuang sama ada meninggal dunia atau tidak akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang dan akta negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ‘bapa ghaib’ yang menghamilkan gadis tidak akan terlepas dengan tindakan mahkamah.


Beliau memberi amaran kepada ‘bapa ghaib’ tidak bertanggungjawab menghamilkan gadis tetapi melarikan diri dengan meletakkan semua masalah ke atas wanita.


“Kami akan bekerjasama dengan Peguam Negara dan pihak berkuasa untuk mengheret lelaki berkenaan supaya dikenakan tindakan wajar bukan hanya memberi hukuman kepada ibu bayi yang dibuang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim, orphanCare, Kuala Lumpur, di sini, yang dirasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom. Hadir sama, Presiden orphanCare, Datuk Adnan Mohd Tahir.


Shahrizat berkata, punca utama terjadinya kes pembuangan bayi dan bayi luar nikah kerana sikap ibu bapa serta masyarakat sibuk dengan urusan seharian tanpa menghiraukan anak mereka.


Kes ini menunjukkan peningkatan, iaitu bagi tempoh lima tahun dari 2006 hingga 2009 sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan pihak berkuasa.


Manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 24 kes berlaku kerana masih tiada kesedaran kalangan masyarakat mengenai bahaya kes berkenaan.


Katanya, kes itu semakin serius kerana komuniti masih tidak menghiraukan remaja apabila masing-masing sibuk dengan urusan harian.


Menurutnya, untuk mengelakkan ia daripada berterusan, pelbagai pihak tampil termasuk kerajaan dan swasta yang mengadakan program komuniti “Kami kini mempunyai lebih 100 badan termasuk institusi sinar kasih, 55 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi.


“Institusi ini boleh membantu remaja bermasalah daripada melakukan tindakan salah termasuk membuang bayi tidak berdosa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, orphanCare memberi peluang ibu bapa tidak mahukan bayi mereka meletak di rumah itu untuk memberi masa depan lebih baik.


“Kami bukan menggalakkan anak luar nikah tetapi hanya untuk membantu bayi tidak bersalah supaya mempunyai masa depan lebih cerah bersama keluarga angkat.


“Kami mahu komuniti mengambil berat masalah dihadapi remaja supaya kes berkenaan tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya yang turut menyumbangkan RM100,000 bagi keperluan bayi yang berada di sana. Manakala, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom menyumbangkan RM10,000.

bila d7 nak p timur tengah lagi? tapi kali ni terus ke jeddah!


Dunia
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Sekuel Sex and the City hina Islam


2010/05/29
Media Amerika anggap watak, skrip cerita persenda wanita Muslim

LOS ANGELES: Sex and the City 2 (SATC 2) dianggap mempersenda agama dan orang Islam, menurut ulasan awal filem berkenaan.

Sekuel yang mula ditayangkan minggu ini menyaksikan watak utama, Carrie Bradshaw dan rakannya berkunjung ke Abu Dhabi dalam lawatan yang ditaja sepenuhnya.
Di sana, mereka berhadapan sikap lelaki Asia Barat yang tidak adil terhadap wanita serta menyindir wanita memakai niqab.
Watak Kim Cattrall sebagai penggoda, Samantha, menolak cara berpakaian konservatif tempatan dengan berpakaian nipis mendedahkan tubuh.

Pengulas majalah The Hollywood Reporter, Stephen Farber, berkata: “Gambaran tajam mengenai masyarakat Islam tidak syak lagi bakal mengundang kontroversi.

“Ada beberapa perkara dalam filem itu yang cuba memberi tafsiran politik tidak tepat. SATC 2 bertemakan wanita dan terang-terang anti-Islam, yang bermaksud ia mungkin mengundang pandangan liberal.”

“Pendirian bertentangan filem itu ditunjukkan dalam satu adegan di mana wanita terbabit melakonkan versi karaoke lagu I Am Woman dendangan Helen Reddy dalam sebuah kelab malam Abu Dhabi.
“Saat paling melampau apabila orang yang masuk campur diselamatkan sekumpulan wanita Islam yang menanggalkan jubah hitam mereka untuk mendedahkan pakaian ala Barat di sebaliknya,” katanya.

Ulasan lain di Amerika sependapat dengan sentimen itu. Pengkritik majalah Variety, Brian Lowry berkata, filem itu menggambarkan ‘beberapa hal tidak meyakinkan mengenai layanan ke atas wanita Islam. Walaupun ia sepatutnya kota Arab yang pesat membangun, ceritanya menunjukkan keangkuhan bukan menimbulkan kesedaran.’

Penulis majalah Slant, Ed Gonzalez berkata: “Ia seolah-olah filem yang membanggakan diri sendiri. Ia membawa gadis Sex and the City ke Asia Barat supaya mereka boleh bersikap hidung tinggi terhadap politik jantina rantau itu.”

Bagi penulis majalah New Yorkerhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8647070444677649715, David Edelstein, pula berkata: “Pemikiran di sebalik filem itu (ditulis dan diarah oleh Michael Patrick King) tersembunyi. Bermula dengan perkahwinan gay melampau!

“Kemudian hantar wanita ke Abu Dhabi supaya mereka boleh menghuru-harakan keadaan dengan seksualiti mereka! Selepas itu, mereka perkecilkan wanita memakai niqab namun adegan selepas itu menonjolkan penyatuan feminis! Mereka kelihatan hebat di padang pasir dan disaksikan pemuda Arab muda.”

Pembuat filem itu gagal mendapat kebenaran melakonkan filem terbabit di bandar Teluk terbabit oleh pihak berkuasa dan adegan itu sebaliknya diambil di Maghribi, namun skrip filem masih mengekalkan suasana di Abu Dhabi. Tayangan perdana SATC 2 berlangsung di Britain, kelmarin. – Agensi

Saturday, May 29, 2010

pelanggan yang mahu mendapatkan komputer percuma itu perlu mematuhi beberapa syarat, antaranya pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah untuk...

Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas.

''Lebih menarik, bagi pelajar sekolah, mereka hanya dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 berbanding pakej yang ditawarkan kepada isi rumah iaitu sebanyak RM38." katanya.

Langgan internet dapat komputer
Oleh Ifwan Tun Tuah

2010/05/29
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang mencuba komputer riba dengan pakej jalur lebar yang ditawarkan TM bagi RM38 sebulan di pekarangan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang, semalam.
KANAK-KANAK tidak melepaskan peluang mencuba komputer riba dengan pakej jalur lebar yang ditawarkan TM bagi RM38 sebulan di pekarangan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang, semalam.
TM lancar pakej jalur lebar serendah RM38 bagi golongan berpendapatan rendah

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) semalam melancarkan pakej ‘Jalur Lebar TM dengan Komputer 1Malaysia’ yang membolehkan pelanggan berpendapatan rendah mendapatkan 200,000 komputer percuma dengan yuran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.

Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pihaknya berharap pakej itu akan menggalakkan lebih ramai keluarga serta golongan muda mempelajari kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, pakej berkenaan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar terutama keluarga yang mempunyai anak bersekolah menerapkan ICT dalam aspek kehidupan mereka untuk tujuan pengetahuan, pekerjaan, pendidikan dan hiburan.
“Selain itu, kami berharap memperluaskan perhubungan jalur lebar di kalangan komuniti menerusi pengenalan pakej ini supaya gaya hidup digital boleh dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya pada pelancaran pakej berkenaan pada Majlis Daerah Jelebu di Negeri Sembilan, semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Zamzamzairani berkata, pelanggan yang mahu mendapatkan komputer percuma itu perlu mematuhi beberapa syarat, antaranya pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah untuk penduduk kawasan pedalaman dan RM5,000 ke bawah bagi penduduk bandar.

Katanya, pelanggan boleh memilih sama ada mendapatkan Komputer 1Malaysia dengan yuran bulanan perkhidmatan RM38 sebulan atau jenama Hewlett Packard (HP) dengan yuran tambahan.
“Pelanggan yang layak akan menerima akses jalur lebar Streamyx dengan kelajuan daripada 384 Kbps, sebuah Komputer 1Malaysia atau HP dengan cakera keras 160 atau 250 Giga Bait (GB), memori 1 GB dan dilengkapi kamera web, keupayaan WiFi serta penghantaran percuma ke seluruh negara.

“Selain itu, mereka akan memperoleh satu akaun dan akses percuma Streamyx Zone, satu modem tanpa wayar percuma dengan jaminan 12 bulan, satu akaun e-mel
Streamyx, pilihan menambah pelan panggilan RM10 dan pengecualian yuran pemasangan (RM88) serta yuran pengaktifan (RM75).

“Bagi jalur lebar yang lebih tinggi, mereka boleh memilih pakej daripada 512 Kbps sehingga 4 Mbps dengan tambahan yuran minimum sebanyak RM15 sebulan,” katanya.

Zamzamzairani menambah, syarikat kini mempunyai lebih 2,300 lokasi Streamyx Zone meliputi kawasan awam di bandar utama seperti pusat beli belah, restoran atau kafe, lapangan terbang, hotel, hospital, kampus universiti, kelab golf dan pusat konvensyen.

sekitar pwtc: 1) mpm = 4 kali makan free + 2) guna kad maybank boleh dapat 3 pass youth festival then mampu meraih pelbagai goodies rm200 b4 petang..





... site public speaking tawar rm50 masa happy hour, maybank theatre bagi beg, ada yang offer pen drive, top up rm30 celcom akan terima world cup bear + etcs.