Saturday, December 20, 2008

terikut2 plk dgn cara ckp "khas" nabil raja lwk...

fromNasional Transplant Resource Centre <ntrc@hkl.gov.my>tofizmallek al firdaus <sronoknya@gmail.com>
dateThu, Dec 18, 2008 at 10:02 AMsubjectMakluman Berkenaan Pendermaan Organmailed-byhkl.gov.my
hide details Dec 18 (2 days ago) Reply
En Mal,Terima kasih atas cadangan pihak tuan.Untuk makluman tuan, semua yang telah menjadi pengikrar penderma organ diberikan kad khas yang menyatakan mereka adalah pengikrar penderma organ. Walaubagaimanapun, kad tersebut hanya sebagai pengenalan mereka. Mereka boleh, pada bila-bila masa MEMBATALKAN niat mereka dengan memaklumkan kepada pihak kami, dan data pengikrar tersebut akan dibatalkan serta merta. Pemegang kad pengikrar tidak diberikan sebarang keistimewaan kerana mereka belum lagi menderma sebarang organ atau tisu mereka. Dan kad itu hanya menunjukkan mereka adalah pengikrar (niat @ wasiat) mereka untuk menderma SELEPAS KEMATIAN mereka. Namun, ianya hanya selepas mendapat kebenaran (consent) dari ahli keluarga. Sekiranya tiada kebenaran dari keluarga, pendermaan organ tidak dapat dijalankan. Untuk makluman tuan, di Malaysia, tiada paksaan untuk menjadi penderma. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Sumber Transplan Nasional lebih menitikberatkan pendermaan selepas kematian daripada pendermaan semasa hidup. Ini untuk mengelakkan sebarang jual beli dan perdagangan organ di negara.Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud penderma tersebut tidak mendapat sebarang keistimewaan. Waris penderma akan mendapat sedikit keistimewaan (sekiranya pendermaan dijalankan di hospital kerajaan) antaranya:a) Laporan Rekod Perubatan Penderma akan dikeluarkan dengan cepat - untuk kemudahan tuntutan insuran.b) Pembiayaan bil hospital percuma (sejak Penderma dimasukkan ke hospital hingga selesai proses pemindahan)c) Proses penyempurnaan jenazah - pembersihan (mandi) dan kafan. Walaubagaimanapun, pengkebumian adalah tanggungjawab waris. Sekian, untuk makluman.Sekiranya tuan mempunyai masalah dan pertanyaan, sila hubungi kami ni talian 03-2694 2704, 2694 2705
"Pendermaan Organ Adalah Satu Anugerah Kehidupan" http://www.agiftoflife.gov.my/ 1800-88-9080



----- Original Message ----- From: fizmallek al firdaus <sronoknya@gmail.com> Date: Tuesday, December 16, 2008 5:22 am Subject: {Spam?} apa keistimewaan jadi penderma? > sepatutnya ada kad khas untuk mereka macam potongan 50% makan d > restoran,penginapan d hotel & lain2 lagi... > > ... bukan iklan buta d tv je. sendiri mau ingatlah! > > yang benar, > > mal > bakal penderma semua organ

No comments:

Post a Comment