Mara mahu capai universiti ketiga KUALA TERENGGANU - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk menubuhkan universiti ketiga dalam masa terdekat, kata menterinya, Datuk Noh Omar. Menurutnya, Mara kini memiliki universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang seratus peratus miliknya manakala yang terbaru iaitu Universiti Malaysia-Jepun (MAJU) akan mula beroperasi mulai Julai ini. “Universiti Malaysia-Jepun ini akan dimulakan dengan pengambilan seramai 70 orang pelajar manakala negara Jepun menghantar seramai 15 orang Profesornya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Mara di sini, semalam. Mengulas lanjut Noh berkata, Mara sedang giat berusaha menaik taraf serta menjalankan kajian lanjut menjadikan Institut German Malaysia (GMI) bertaraf universiti.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2314011.asp
No comments:
Post a Comment