Thursday, February 19, 2009

perogol x kena tngkp... mana p keadilan? inilah gara2 arak memabukkan!

Amah Indonesia dipenjara 5 tahun

KUALA LUMPUR: Pembantu rumah warga Indonesia yang menyebabkan kematian anak kandungnya dengan menekup mulut dan hidung menggunakan tangannya dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Unah Suma, 28, yang mengandung bayi itu selepas dirogol anak saudara majikannya dalam keadaan mabuk, didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kematian bayi baru lahir dan diarah menjalani hukuman bermula tarikh dia ditangkap 3 Jun 2007. Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz yang menjatuhkan hukuman itu berkata, Unah yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun di negara asalnya, seharusnya memiliki naluri keibuan untuk menyayangi bayi itu seperti anak sulungnya.
“Walaupun kamu (tertuduh) tidak suka kepada bapa bayi itu yang merogol kamu, bayi itu tetap zuriat dan darah daging kamu. Kamu seharusnya menyayanginya, bukan melepaskan geram padanya. “Saya sendiri rasa sedih, walaupun saya hakim, saya juga manusia dan seorang bapa, semua orang pun tidak boleh terima perbuatan ini (membunuh),” katanya. Unah dituduh melakukan pembunuhan itu dalam keadaan belum pulih daripada kesan melahirkan bayi dengan pertimbangan fikirannya yang terganggu di rumah majikannya di Taman Wahyu di sini, antara jam 1 hingga jam 2.30 pagi, 3 Jun 2007.
Dia mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi tuduhan membunuh yang membawa hukuman mati mandatori tetapi memilih mengaku bersalah apabila ditawarkan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 309A akta sama. Mengikut fakta kes, seorang lagi pembantu rumah, Nina Listianingsih yang sedang tidur bangun membuka lampu bilik apabila mendengar tangisan bayi dan melihat Unah memegang bayi dalam keadaan kakinya kangkang berlumuran darah. Unah meminta Nina mengambil air dan apabila kembali, beliau mendapati bayi itu masih menangis, Nina keluar untuk mengejutkan majikannya namun tiada jawapan. Sebaik kembali semula ke bilik itu, beliau nampak tertuduh duduk di lantai dalam keadaan terkangkang sambil sebelah tangannya memegang kepala bayi dan satu lagi menutup mulut serta hidung bayi sehingga tiada tangisan kedengaran.
Selepas sejam, Nina menyoal Unah di manakah bayinya dan tertuduh memaklumkan sudah mati serta mahu membuangnya. Unah memasukkan bayinya ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya di tong sampah depan rumah pada jam 7 pagi. Nina kemudian memaklumkan perbuatan itu kepada majikannya, yang kemudian membuat laporan polis.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090219010442/Article/index_html

No comments:

Post a Comment