Ajal ketika cuba rompak kali ke-3Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
DENGKIL: Sekumpulan penjenayah yang dalam perjalanan untuk menyamun kali ketiga dalam tempoh tiga hari selepas mengaut hasil lumayan dalam rompakan pertama dan kedua menemui ajal apabila ditembak ketika cuba menyerang polis dengan senjata tajam di Jalan Meranti, dekat sini, tengah malam semalam.Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam, kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Ah Boy dan dianggotai empat lelaki - tiga warga Indonesia dan seorang warga tempatan - dikatakan nekad menyerang polis dengan celoret dan sabit sebaik kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dikepung polis.Tindakan anggota geng itu menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan akibat ditetak sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan samun bersenjata di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.
Menurutnya, Geng Ah Boy amat berbahaya kerana mempunyai kecenderungan mencederakan kebanyakan mangsa dirompak walaupun mangsa tidak melawan dan menyerahkan semua barang berharga dimiliki.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan Naza Ria hitam dinaiki kumpulan itu dilaporkan dicuri pada Oktober tahun lalu di Damansara.“Polis turut menemui satu beg bimbit berisi komputer riba milik Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Selangor selain dekoder dan beberapa dokumen penting miliknya dalam kereta suspek.“Siasatan polis mendapati suspek sebelum ini merompak mangsa (Ketua Penolong Pengarah) di rumahnya di Shah Alam, Khamis lalu. Besar kemungkinan suspek sedang merancang melakukan rompakan di sekitar kawasan Dengkil,” katanya.Beliau berkata, dua daripada empat suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun itu memiliki pasport Indonesia yang sudah tamat tempoh manakala seorang lagi suspek memiliki Mykad.“Seorang lagi suspek dipercayai pendatang asing tanpa izin berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.Khalid berkata, dengan tertumpasnya geng itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun dan pecah rumah sekitar Shah Alam, Ampang, Klang, Banting dan Subang Jaya termasuk Negeri Sembilan dan Johor.Kumpulan itu juga dipercayai terbabit kejadian samun satu keluarga di Kampung Cemperai di sini kelmarin dan melarikan barang kemas dan wang tunai RM16,000. Dalam tempoh lima hari lalu, polis Selangor menumpaskan dua kumpulan penjenayah berbahaya lain iaitu Geng Lekir dan Geng Anga.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090209084945/Article
*p.s. sape srh tkt x rmpk kedai emas siang hr tp rgl kaum hawa plk d mlmnya? pdn muka! haha... kshn jgk.
No comments:
Post a Comment