Tubuh kelab tujuh orangOleh Helmy Abd Rahmanhelmy@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Caranya cukup mudah! Hanya perlu kumpul tujuh orang, tubuhkan persatuan dan dapatkan bantuan RM1,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membolehkan golongan belia meneruskan hobi dalam apa juga aktiviti diminati.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bantuan berkenaan akan disalurkan tanpa had, asalkan persatuan diwujudkan mematuhi beberapa syarat ditetapkan.Katanya, dengan berpersatuan dapat memudahkan saluran bantuan dihulurkan kepada golongan terbabit.“Setiap persatuan ingin diwujudkan perlu ada sekurang-kurangnya tujuh orang jawatankuasa penaja dan mereka perlu menghantar minit mesyuarat kepada pejabat belia daerah sebelum kita lulus dan daftarkan persatuan mereka.
“Setiap persatuan yang berdaftar dengan kementerian juga layak memperoleh habuan RM3,000 untuk menguruskan aktiviti pentadbiran mereka. Sebelum ini sukar bagi kami (KBS) menyalurkan bantuan kepada belia tanpa persatuan berdaftar,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Gerak Gempur Satu Komuniti Satu Persatuan di sini, semalam.
Menurutnya, kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya satu juta belia terbabit dalam persatuan menjelang akhir tahun ini.“Mengikut kajian dijalankan KBS, golongan belia yang terbabit dengan persatuan lebih sukar dipengaruhi anasir negatif membabitkan masalah sosial dan salah laku di kalangan mereka serta mampu mendekatkan mereka dengan masyarakat melalui aktiviti bersifat kemasyarakatan.“Program itu bertujuan memastikan setiap komuniti tidak meminggirkan golongan belia dalam aktiviti yang dijalankan,” katanya.Ismail berkata, program berkenaan akan diperluas di setiap daerah di negara ini.“Selepas ini, kita akan ke Perak untuk melaksanakan program serupa,” katanya.
* blh dpt $ & banteras jnyh scara total! layari http://satusuara.com utk info lnjt...
No comments:
Post a Comment