Thursday, March 19, 2009

perompak smkn terdesak smpi sanggup membunuh! apa yg kita blh buat? tunggu & lht je nanti WM mula beroperasi secara bsr2an & lbh fokus pd thn ini...

Pengurus Tesco mati ditembak perompak kedai emas
Oleh ABD. RAZAK OSMANberita@kosmo.com.my
ANGGOTA polis mengangkat mayat Shatiasillan yang mati ditembak di kedai emas Poh Kong di pasar raya Tesco Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.
BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja pasar raya Tesco Extra di Seberang Jaya di sini yang cuba menghalang empat perompak melarikan barangan kemas bernilai RM250,000 dari kedai emas Poh Kong mati ditembak.
S. Sathiasillan, 28, pengurus pasar raya tersebut yang terkena tembakan pada dagu dan dada mati di tempat kejadian.
Rakan Sathiasillan, N. Ilangohvan, 26, pengurus peruncitan pasar raya itu dan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut, Izat Hafiz Mohd. Saad, 27, juga cedera. Mereka dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan Izat terkena tembakan di rusuk kiri.
Rompakan nekad oleh empat lelaki termasuk dua yang bertopeng itu berlaku pukul 10.12 pagi semasa kakitangan kedai yang terletak di tingkat bawah pasar raya itu mahu membuka perniagaan.
Difahamkan, Sathiasillan dan Ilangohvan ditembak selepas mereka cuba menghalang perompak itu daripada melarikan 20 dulang barang kemas bernilai lebih RM250,000.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, selain berpistol, perompak itu juga membawa tukul.

No comments:

Post a Comment