Thursday, March 12, 2009

SIAP tngkp SPRM? bgs jk camtu! smoga status negara maju cpt tercapai...

Suruhanjaya Integriti pantau penguat kuasa
Oleh Zulkofli Jamaludin, Megendran Rajagopal dan Mohamed Farid Noh
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti yang akan dibentuk untuk memantau agensi penguatkuasaan menerima aduan serta menyiasat agensi dan pegawai penguat kuasa mengenai penyalahgunaan kuasa dan salah laku.

Suruhanjaya itu juga boleh membuat lawatan ke premis agensi penguatkuasaan termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan membuat syor yang perlu.

Rang undang-undang penubuhannya yang antara lain untuk mengurangkan salah laku penguat kuasa dan memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, di Dewan Rakyat, semalam.



Selain penyalahgunaan kuasa, suruhanjaya itu juga mempunyai kuasa menyiasat sebarang salah laku termasuk keputusan tidak munasabah, tidak adil, menindas atau mendiskriminasi secara tidak wajar.

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri boleh melantik tidak lebih tujuh Pesuruhjaya, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang bukan daripada kalangan mereka yang sedang atau pernah menjawat jawatan sebagai pegawai penguat kuasa.

Agensi penguatkuasaan yang terpakai mengikut undang-undang itu adalah Agensi Antidadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Rela, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Perikanan.

Agensi lain ialah Perhilitan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Kesihatan (Bahagian Penguatkuasaan), Kementerian Pelancongan (Unit Penguatkuasaan Bahagian Pelesenan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Penguatkuasaan), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Pendaftar Perniagaan dan Polis Diraja Malaysia.

Ia juga memperuntukkan mengenai penubuhan sebuah Jawatankuasa Aduan yang bertanggungjawab menerima aduan salah, menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar mengenai semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya.

Jawatankuasa itu juga akan menilai aduan, menentukan bentuk salah laku, menjalankan siasatan awal dan memaklumkan kepada pengadu mengenai status aduan serta tindakan yang diambil selepas mendapat hasil siasatan.

Selain itu, suruhanjaya berkenaan boleh menubuhkan sebarang jawatankuasa lain jika perlu perlu atau sesuai untuk membantunya melaksanakan fungsinya.

Dalam melaksanakan penyiasatan, suruhanjaya boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang serta mana-mana jabatan kerajaan Negeri atau Persekutuan.

No comments:

Post a Comment