Wednesday, April 15, 2009

bdh btl bdk2 nie sbb ingat bunyi pontianak plk... nsb x kojol bayi tersbt. nama je islam tp awt penakut? jk brani, penjenayah x blh "buat" rezki!

PEKAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah di sini menemui seorang bayi lelaki berbalut kain lampin dan dikerumuni ribuan semut ditinggalkan di pondok bas, di Taman Pelangkah, pagi semalam. Dalam kejadian jam 6.30 pagi, pelajar terbabit, Nur Ainna Syaqina Reduwan, 16, berkata, ketika menghampiri pondok menunggu bas itu beliau terdengar bunyi tangisan dari bawah tempat duduk pondok berkenaan sebelum memeriksanya. Pelajar terbabit berkata, beliau melihat bungkusan putih sebelum menguatkan semangat untuk mengambil dan membukanya.
"Saya sangka tangisan itu sebagai gangguan kerana kawasan perhentian berkenaan dikatakan berhantu kerana ramai yang mendakwa pernah melihat lembaga aneh, tapi rupa-rupanya seorang bayi lelaki berbalut dengan kain lampin serta digigit semut. "Kasihan melihat keadaan bayi itu lemah dan kesejukan saya mengangkatnya dan memanggil jiran sebelum memintanya menghantar ke Hospital Pekan (HP) untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam. Anak kedua dari tujuh beradik itu membuat laporan berhubung penemuan bayi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pekan selepas memaklumkan kepada ibunya, Rosilawati Abdul Razak.
"Sebaik ke sekolah, beberapa rakan menceritakan terdengar tangisan di pondok bas terbabit sejak malam semalam (kelmarin) dan mereka menyangka tangisan pontianak, sebelum saya memberitahu keadaan sebenar kepada mereka," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, ketika ditemui, di sini, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi seberat 3.05 kilogram berkenaan. Beliau berkata, bayi lelaki terbabit masih menerima rawatan lanjut di HP sebelum dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment