Friday, April 17, 2009

sape ada smn jgn dbnrkan bwk bas, TOLOL! maaf, guna bhs ksr memandangkan ckp baik dah x de guna lg... x kan dah bertukar krajaan baru nak serius, kot?

Kereta diseret 15 meter sebelum meletup
Oleh Mohd Roji Abdullah mdroji@bharian.com.my
ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.
Tiga beranak dalam perjalanan pulang dari kelas Tadika ketika nahas dengan basBATU PAHAT: Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar.
Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.
Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat. Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat. Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.

No comments:

Post a Comment