Thursday, April 23, 2009

waktu siang dpn rmh plk... mrk smkn terdesak @ kita x bersatu menentang "msh" negara ini?!

Tangan wanita hampir putus kena tetak

PETALING JAYA: Seorang wanita hampir kehilangan tangan kanan manakala tiga jarinya berkemungkinan lumpuh selepas ditetak dalam satu kejadian samun di hadapan rumahnya di Jalan Kiara Bandar Seri Damansara di sini, Isnin lalu. Ketika kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa yang ditemani dua anaknya berusia 11 dan 8 tahun turut kerugian hampir RM10,000 apabila rantai emas pusaka hadiah perkahwinan daripada ibu mentuanya dilarikan. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ema, 37, berkata ketika bersembang dengan jiran, tiba-tiba dua lelaki yang memakai topi keledar menghampiri mereka sebelum mengeluarkan sebilah parang.
“Saya tergamam dengan tindakan mereka sambil memeluk kedua-dua anak manakala jiran melarikan diri ke dalam rumah. “Suspek kemudian menghunuskan parang ke arah saya dan meminta agar menyerahkan rantai emas yang dipakai, manakala anak-anak saya menangis kerana ketakutan,” katanya. “Berikutan jeritan anak, suami yang berada di dalam rumah bergegas keluar untuk membantu. Suspek yang terkejut menghayunkan parang hingga mengenai lengan kanan saya,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Ema berkata, suspek yang terkejut dengan kecederaan dialaminya kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang sedia menunggu. “Saya kemudian dihantar ke hospital swasta berhampiran sebelum doktor yang merawat memberitahu urat yang mengawal tiga jari saya terputus dan berkemungkinan ia hilang fungsi,” katanya.

No comments:

Post a Comment