anda was2? ini slh 1 slrn yg btl!




HDC gempur kopitiamOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
SHAH ALAM: Menyedari kemunculan pelbagai sijil halal aneh dan tiruan, sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Halal Industry Development Corporation (HDC) bertindak menggempur beberapa premis termasuk restoran kopitiam milik pengusaha bukan Islam yang disyaki menggunakan sijil halal meragukan.Dalam operasi bermula jam 11 pagi semalam, sepasukan lima penguat kuasa HDC dibantu tujuh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak menjalankan pemeriksaan di beberapa kopitiam di Cyberjaya yang dikesan mendapatkan sijil halal daripada individu tidak dikenali.Sumber KPDNHEP berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui sijil halal didakwa dibeli pengusaha restoran berkenaan pada harga RM60,000 daripada pihak tertentu.Menurutnya, sijil akuan halal berkenaan yang menyerupai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa digunakan pengusaha restoran terbabit di beberapa cawangan restoran miliknya di Lembah Klang sebagai modal untuk meyakinkan pengguna Islam mengunjungi restorannya walaupun menyedari ia milik bukan Islam.


“Apa yang jelas, pemilik restoran berkenaan seolah-olah terdesak untuk mendapatkan sijil halal hingga sanggup membayar wang sebanyak itu. Mereka mungkin menyedari kesukaran untuk mematuhi syarat pensijilan halal Jakim yang dikeluarkan pihak HDC menyebabkan mereka mencari alternatif lain.
“Pegawai HDC dan KPDNHEP yang menjalankan siasatan susulan turut ragu terhadap makanan disajikan berikutan pemilik gagal menunjukkan sijil halal Jakim milik syarikat yang membekalkan bahan mentah ayam dan daging,” katanya.Menurutnya, pegawai HDC yang melakukan pemeriksaan di bahagian dapur penyediaan turut menemui bahan untuk membuat air minuman yang diimport dari luar negara.“Cecair pekat itu yang tidak mempunyai perakuan halal dari negara pengeluar kemudian diambil pegawai HDC untuk diuji sama ada ia mengandungi alkohol atau bahan tidak halal,” katanya.Menurutnya, tindakan pemeriksaan sama turut dilakukan di sebuah premis makanan di Shah Alam, kira-kira jam 2 petang semalam, selepas pihak HDC mendapat maklumat premis terbabit turut tidak memiliki sijil halal Jakim.“Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan turut tidak pernah memohon sijil halal dari Jakim atau HDC sebelum ini walaupun ramai pengunjungnya adalah pengguna Islam,” katanya.Difahamkan, operasi pegawai penguat kuasa HDC itu adalah sebahagian daripada operasi dan pemeriksaan di seluruh negara bagi mengesan penyalahgunaan atau pemalsuan sijil halal Jakim.“Pemeriksaan itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik premis restoran dan syarikat pengilang makanan supaya mendapatkan sijil halal sah dari Jakim dan pihak HDC sahaja yang diiktiraf.“Sijil akuan halal selain Jakim adalah diragui berikutan diberi secara bebas kepada peniaga tanpa kawalan selain tidak mematuhi syarat prosedur halal ditetapkan,” katanya.Menurutnya, dalam operasi sama semalam, pegawai HDC turut menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat di Shah Alam didapati menggunakan sijil halal palsu bagi produk makanan keluarannya.“Hasil pemeriksaan dilakukan, pegawai HDC mendapati, sijil halal Jakim dimiliki syarikat lelaki Timur Tengah itu dipalsukan pihak tertentu sejak sekian lama,” katanya.

MARA JGK PATUT DBERIKAN KPD NON BUMI DEMI 1 MALAYSIA... ANYWAY, BDK2 "PUTRA" BKNNYA AMBIK KEISTIMEWAAN PUN LANTAS PETRONAS PATUT SLRKAN DANA UTK PLJRN

MIC echoes MCA on scholarship issue
Email to friend Print article
addthis_pub = 'nstonline';


KUALA LUMPUR: MIC is backing MCA in calling for a review of the criteria for awarding Public Service Department (PSD) scholarships.
Party president Datuk Seri S. Samy Vellu said the review was for the good of everyone."This must be done at the cabinet and they must discuss this in detail," he said after launching the Plus 8, 2009 programme yesterday.MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat was earlier reported as calling for a review on the criteria for PSD scholarships.Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk S.K. Devamany, who was also present yesterday, said it was puzzling how each of the scholarship was awarded.
"In the case of N. Arun Kumar, who scored 13 1As, he didn't get any offer, but another student who got 8 1As was offered an overseas programme. How come?" he said, adding that the department must be more transparent when awarding the scholarships.Devamany urged the government to award a PSD scholarship automatically to those who obtained 11 1As and above.He also suggested a committee be set up to study the matter case by case.Earlier, Samy Vellu said Plus 8 was a good programme to address the social problems in the community today.The programme is targeted at some 5,000 secondary students who are not academically inclined, to provide them with motivation and career choices.

X PASAI2 VISA ARAB SAUDI UTK MALAYSIA DHENTIKAN... JGN SMPI NURSE NAK KERJA D SANA PUN DSEKAT PLK, SDH LAH, X!?


Kuarantin di rumah
Oleh Azrina Ahzanbhnews@bharian.com.my
ORANG ramai yang demam terus dibawa masuk ke bilik Pusat Pengurusan Demam di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan virus H1N1, semalam.
Penumpang naik pesawat bersama mangsa H1N1, keluarga diarah berkurung
Arab Saudi henti sementara visa umrah kepada rakyat Malaysia
Mufti Besar Mesir syor tunda ibadah haji tahun iniPUTRAJAYA: Semua 101 penumpang dan lima anak kapal pesawat AirAsia AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu yang turut dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) di negara ini, akan dikuarantin di rumah selama tujuh hari.
Turut dikuarantin semua ahli keluarga dan sesiapa yang pernah berurusan secara langsung dengan mereka selepas menaiki penerbangan berkenaan, yang berlepas pada jam 11 pagi. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengesan penumpang terbabit supaya langkah kuarantin dapat dilaksanakan, termasuk terhadap ahli keluarga mereka. "Pada masa sama, kita meminta semua penumpang yang menaiki pesawat itu menghubungi mana-mana hospital dan klinik kerajaan atau talian 03-88810200/10300 serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mangsa kedua yang disahkan positif Influenza A itu ialah seorang pelajar perempuan yang juga rakan kepada pelajar lelaki yang disahkan mangsa pertama virus H1N1 di negara ini, yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB). Kedua-duanya mangsa dilaporkan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat bersama dua rakan lain, namun mereka didapati tidak dijangkiti virus berkenaan. Selepas tiba pada 13 Mei lalu, mangsa kedua itu menaiki pesawat AirAsia ke Pulau Pinang. Dr Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama yang kini dirawat di HSB dan mangsa kedua yang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah stabil, tetapi mereka hanya akan dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan sembuh. "Mangsa pertama tidak batuk atau sakit tekak dan hanya mengalami sedikit demam, manakala mangsa kedua pula tidak mengalami demam atau sebarang tanda-tanda lain. Keluarga mereka yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah juga dilaporkan berada dalam sihat," katanya.
Sementara itu, akhbar Arab News semalam melaporkan seorang pegawai yang menguruskan jemaah umrah di Arab Saudi memberitahu, visa mengerjakan umrah tidak akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia dan Mesir sebagai langkah berjaga-jaga membendung H1N1. "Larangan terhadap jemaah dari negara di mana kes H1N1 disahkan, menyebabkan penurunan mendadak jumlah jemaah yang tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini," kata laporan itu yang memetik kenyataan Pengarah Komputer di Tasheel United Company, Mahmoud Abul Majd. Beliau berkata, hanya 3,000 jemaah tiba semalam, berbanding 10,000 jemaah setiap hari sebelum ini. Kementerian Haji Arab Saudi mengeluarkan lebih 1.6 juta visa umrah musim ini yang bermula 14 Januari lalu dan daripada jumlah itu, 1.3 juta jemaah sudah tiba. Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Jumua, pula menyarankan ulama di semua negara Islam mengeluarkan fatwa bersama bagi menangguhkan ibadah haji tahun ini bagi mengelak virus H1N1 boleh tersebar di Tanah Suci. "Fatwa itu wajar dikeluarkan semua cendekiawan dan pakar undang-undang dunia Islam yang diiktiraf. Mereka patut menggunakan laporan Kementerian Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian sebagai asas fatwa itu. "Tindakan melindungi keselamatan dan nyawa serta menyekat penyebaran penyakit berjangkit adalah antara matlamat utama dalam undang-undang Islam," katanya dalam temu bual dengan media al-Masry Al-Youm di Kaherah, semalam. Sehingga semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes H1N1 terhadap manusia meningkat kepada 8,480 di 39 negara, termasuk 72 kematian dengan angka tertinggi dicatat di Amerika Syarikat (4,714 kes, empat maut) dan Mexico (2,895 kes, 66 maut). Dua lagi negara bagi yang mencatat kes pertama mangsa positif H1N1 semalam ialah Turki dan India. Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), penasihat Jumua, Dr Ibrahim Negm, berkata mufti itu juga menyokong pandangan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Mohammed Tantawi supaya ibadah haji tidak diadakan tahun ini jika WHO mengisytiharkan H1N1 menjadi pandemik tahap keenam.

BYK LG AWEX DLM DUNIA NIE... GUNALAH ICT (SMS/INTERNET) UTK TUJUAN TERSBT!?

Cinta berdarahOleh Azahar Hashim am@hmetro.com.my
KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.Mangsa, Nurbahirah Ishak, 22, bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di rumahnya di Taman Perak di sini, kira-kira jam 9 pagi.Duda terbabit yang turut cedera, ditemui dalam keadaan separuh sedar di ruang tamu rumah berkenaan oleh jiran dan beberapa anggota polis yang memeriksa kediaman itu selepas mendengar bunyi bising seperti pergaduhan. Ketika kejadian, mangsa berada berseorangan di rumah manakala ibu tiri dan empat adik-beradiknya ke sekolah dan keluar bekerja.


Duda berusia 26 tahun itu tinggal di Juru, Pulau Pinang dan dipercayai dikenali ahli keluarga mangsa.
Setakat ini, tidak diketahui bagaimana duda terbabit boleh masuk ke rumah mangsa.Jiran mangsa, Azizul Abdul Aziz, 26, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah apabila tiba-tiba menerima panggilan daripada abang mangsa yang ketika itu bekerja dan memintanya ke rumah untuk melihat keadaan adiknya selepas menerima panggilan daripada jiran lain mengenai kejadian di rumahnya.Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di kawasan rumah itu, dia melihat beberapa anggota polis dan jiran sudah berada di luar rumah dan ketika itu, rumah mangsa dikunci dari dalam.“Saya menghubungi semula abang mangsa bagi memaklumkan perkara itu dan bertanyakan kunci rumah.“Abang mangsa memaklumkan kunci disimpan di luar rumah sebelum saya mengambilnya dan membuka pintu,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kulim, di sini semalam.Menurutnya, selepas pintu dibuka, dia bersama beberapa jiran serta anggota polis terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta tidak bermaya di ruang tamu rumah.Selepas itu, katanya mereka menemui Nurbahirah dalam keadaan terlentang berlumuran darah di atas katil dalam biliknya dan ketika itu, mangsa sudah tidak sedarkan diri.“Kami bergegas membawa mangsa ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.“Suspek yang berusia 26 tahun ditahan polis sebelum membawanya ke HK untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata pihaknya menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut untuk mengetahui punca sebenar kejadian.Katanya, hasil bedah siasat mengesahkan kesan kecederaan di kepala serta beberapa bahagian badan mangsa akibat tikaman senjata tajam.“Ketika ditemui mangsa masih bernyawa, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.“Polis menahan suspek yang turut cedera dan menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu dalam rumah berkenaan.“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pesalah boleh dihukum gantung sampai mati mandatori, jika sabit kesalahan,” katanya.