Tuesday, May 12, 2009

bunga bknnya sekuntum, doh! hah, kan aku dah ckp ala "jgn plh jln htm"... tulah, sape srh ada sorang je awex, kan?

Konstabel maut selepas tahu kekasih bertunang

TAMPIN: Seorang konstabel polis yang kecewa selepas mendapat berita teman wanitanya bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di rumah ibu bapanya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin. Khairol Azuan Abdul Ghani, 23, yang bertugas di Batalion Ke-6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bakri, Muar, Johor ditemui meninggal dunia oleh abangnya, Zahasmi, 37, kira-kira jam 7 petang di dapur rumah berkenaan. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang berlumuran darah tanpa pakaian dengan cedera parah di perut sebelah kiri dan kedua-dua pergelangan tangan.
"Pasukan polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui sebilah pisau lipat dan pisau cukur. "Siasatan awal mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Namun, kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Zahasmi berkata, adiknya pulang bercuti untuk beberapa hari selepas bertugas mengawal keselamatan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalu. "Dia bermalam di rumah saya di Taman Datuk Taha, di sini kerana ibu bapa kami tinggal bersama saya. Pagi semalam (kelmarin), dia beritahu hendak balik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal," katanya. Zahasmi berkata, pada jam 6.50 petang kelmarin, dia ke rumah ibu bapanya di Felda Bukit Rokan untuk mengambil barang tetapi mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu rumah berkunci dari dalam. "Saya meninjau melalui lubang di dapur dan terperanjat melihat tubuh manusia dari bawah pusat hingga ke kaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah," katanya.
Zahasmi berkata, dia menghubungi Balai Polis Gemencheh sebelum sepasukan anggota datang menjalankan siasatan, tetapi terkejut apabila mendapati mayat yang terlentang dan berlumuran darah itu adalah adiknya. "Saya dan keluarga amat sedih kerana sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan perubahan. "Kami ingatkan dia sudah balik ke Muar tetapi tidak sangka dia bertindak begini," katanya.

No comments:

Post a Comment