Perlu tahu hukum jika nikah di luar negara
KUALA LUMPUR: “Pastikan tahu hukum agama terlebih dulu dengan mendapatkan pandangan dan nasihat jabatan agama sebelum mengambil keputusan berkahwin di luar negara,” kata Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Zainal Abidin Mohd Yusof.Zainal Abidin berkata, pernikahan pasangan terbabit hanya sah sekiranya siasatan dilakukan menunjukkan mereka berkahwin menggunakan majlis agama Islam serta wali yang mendapat pengiktirafan pihak berkuasa negara berkenaan.Bagaimanapun katanya, sekiranya terbukti perkahwinan itu tidak sah maka mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkannya kerana tergolong dalam batal nikah atau faraq nikah.“Jika terbatal maka perkahwinan berkenaan digolongkan dalam nikah fasid ataupun nikah rosak dan pasangan perlu dipisahkan manakala hubungan antara suami isteri sepanjang perkahwinan berkenaan dikenali persetubuhan subhah (wati subhah).
“Malah, jika mereka tidak mengetahui pernikahan itu tidak sah maka anak yang lahir hasil daripadanya (persetubuhan subhah) masih sah taraf anak dan mengikut undang-undang ibu bapa boleh memohon untuk mendapatkan sah taraf anak berkenaan melalui mahkamah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebaliknya, pasangan terbabit perlu mengambil kira kerana jika mereka mengetahui perkahwinan yang dilakukan tidak sah, tetapi masih menyembunyikannya maka anak yang lahir hasil daripadanya adalah anak luar nikah.
No comments:
Post a Comment