Thursday, July 2, 2009

tp ramai lbh suka p ipta utk med & jd guru jk gagal... inilah meLAYU!?

Intelek: Pengantarabangsaan program perubatan MSU


MANAGEMENT and Science University (MSU) yakin mampu melahirkan ramai pakar perubatan, sekali gus membantu kerajaan mencapai matlamat pembangunan modal insan dalam bidang berkenaan menerusi kampus pesisir antarabangsa sulungnya, International Medical School (IMS) di Bangalore, India.

IMS ditubuhkan hasil kerjasama MSU dengan Gokula Education Foundation iaitu yayasan dengan kepakaran dalam bidang perubatan lebih 20 tahun menawarkan program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).

Dekan IMS, Datuk Dr Abdul Ghani Mohammed Din, berkata penubuhan kampus cawangan itu selaras usaha MSU untuk mengantarabangsakan pendidikannya merentasi sempadan negara.



“Bangalore menjadi pilihan MSU menubuhkan sekolah perubatannya kerana bandar raya itu mewarisi kekayaan India dari segi kepakaran dalam bidang pendidikan perubatan serta teknologi maklumat (IT).

“Ia juga digelar ‘Lembah Silikon India’ kerana ratusan syarikat IT dan komunikasi dunia serta tempatan menjadikan bandar raya itu pusat pembangunan dan inovasi serta ‘out sourcing’ mereka

“Penubuhan IMS membolehkan MSU memberi sumbangan besar dan bermakna membantu negara mencapai sasaran nisbah seorang doktor untuk setiap 600 penduduk menjelang 2020,” katanya.

Dr Abdul Ghani berkata, selain dibimbing tenaga pengajar berpengalaman, pelajar yang mengikuti pengajian di IMS turut berpeluang mengikuti latihan serta mendapat pendedahan terbaik di MS Ramaiah Memorial Teaching Hospital dan Baptist Hospital yang dilengkapi peralatan canggih serta diperakui kebanyakan majlis perubatan dunia.

Selain itu, katanya, pelajar akan menjalani kelas dan amali anatomi kerana sampel mayat mudah diperoleh di bandar raya berkenaan.

“Gabungan peralatan canggih, pendedahan secara amali serta tenaga kepakaran berpengalaman memantapkan program perubatan ditawarkan IMS,” katanya.

Beliau berkata, selain menerima kelulusan penubuhan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), IMS yang menitikberatkan kualiti pendidikan dijalankan turut menggunapakai kurikulum yang dipersetujui majlis perubatan berkenaan serta beberapa majlis perubatan negara lain.

Setelah menjalani MBBS selama lima setengah tahun di IMS, katanya, pelajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan akan ditempatkan di hospital awam seluruh Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai memenuhi tuntutan latihan praktikal selama dua tahun.

Beliau berkata, selain keputusan cemerlang, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Foundation MSU, diploma, A-Level dan matrikulasi yang ingin mengikuti pengajian itu perlu menduduki “Medical Entrance Test’ di MSU untuk melayakkan mereka tersenarai sebagai 150 pelajar baru sempena sesi ambilan pada September setiap tahun.

”Kita yakin IMS berupaya membantu negara menghasilkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dan seterusnya memainkan peranan positif dalam penyediaan modal insan berminda kelas pertama di negara ini seperti dihasratkan kerajaan,” katanya.

Pelajar yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program perubatan ditawarkan MSU ini boleh menghubungi International Medical School, MSU di Blok A, Jalan Equestrian 13/52, Off Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Maklumat lanjut, hubungi 03-5510 6868, sms dengan menaip MBBSnama dan emel kepada 019-341 9152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

No comments:

Post a Comment