Sunday, August 2, 2009

patutnya ada habuan kpd tkng lpr dr KPDN mcm KDRM...

Tangani sindiket gores
JOHOR BAHRU: Kerancakan sindiket peraduan gores dan menang yang menggunakan pelbagai taktik untuk menipu orang ramai menuntut keperluan mewujudkan satu pasukan khas membabitkan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Pengerusi Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Song Tuck, berkata berdasarkan pengalaman mengendalikan lebih 2,000 aduan pengguna berhubung kes gores dan memang, pihaknya dapati masalah ini sukar ditangani berikutan tiada badan khas yang berkuasa menjalankan siasatan lengkap.“Sedangkan dalam masa sama, sindiket ini terus berkembang dengan pelbagai taktik baru, termasuk menyerahkan kad pengenalan (KP) milik mereka kepada mangsa semata-mata untuk melancarkan misi tipu helah yang digunakan,” katanya pada sidang media di rumah Kelab Akhbar Cina, di sini, semalam.Menurut Kua, kejadian mangsa gores dan menang mengamuk di Kuala Lumpur, Khamis lalu, sepatutnya dijadikan iktibar oleh pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan isu sama berulang.


“Ini bukan lagi kes remeh... sebelum ini akhbar pernah melaporkan kejadian mangsa gores dan menang dipukul, kemudian diikuti laporan berhubung wartawan sebuah akhbar dibelasah kerana cuba membongkar kegiatan sindiket di Kuala Lumpur.
“Malah, akhbar kelmarin pula melaporkan ejen sindiket gores dan menang dibelasah keluarga mangsa berikutan hilang sabar,” katanya.Kua berkata, peningkatan kes penipuan membabitkan sindiket gores dan menang wajar ditangani sebagaimana kes jenayah ragut dan along di negara ini.“Kita bimbang, apabila masing-masing hilang sabar, mangsa atau ejen sindiket mula bertindak liar sehingga wujudnya kes serius membabitkan ugutan, mencederakan mahupun membunuh,” katanya.Mengulas lanjut berhubung laporan mangsa gores naik angin dalam akhbar kelmarin, Kua berkata, kejadian itu memberi gambaran bahawa ejen sindiket kad gores dan menang semakin dibenci masyarakat.“Ramai yang melabel mangsa penipuan kad gores dan menang sebagai individu yang tamak haloba serta mahukan kesenangan dengan cara mudah. Namun, berdasarkan kajian dibuat, mereka sebenarnya hanya mangsa yang tertipu,” katanya.Kelmarin, akhbar melaporkan tindakan beberapa mangsa kad gores dan menang membelasah ejen sindiket kad gores dan menang sehingga lembik berikutan berang ditipu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, dua lelaki berusia awal 20-an berkenaan ditumbuk dan ditendang beberapa lelaki yang ‘naik angin’ selepas mereka memperdaya seorang suri rumah membabitkan nilai barangan lebih RM5,600.

No comments:

Post a Comment