Tuesday, September 15, 2009

dah nak kiamat besar pun...

Rahmat Ramadan
Oleh Hadzlan Hassan
Hadzlan@hmetro.com.my



DUNGUN: Kehadiran Ramadan membawa 1001 rahmat kepada keluarga seorang kontraktor, Mazlan Mohd Hussein, 45, yang sebelum ini dikatakan enggan mewalikan anak gadisnya hingga memaksa wanita berkenaan mengheret keluarga kandungnya ke Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Jika sebelum ini, Mazlan dan isteri, Noorbaini Ali, 42, tetap dengan pendiriannya, malah sanggup bermalam dalam lokap jika dihukum kerana kesalahan enggan menjadi wali, tiba-tiba berubah sekelip mata apabila pasangan itu saling bermaaf-maafan dengan keluarga angkat anak gadisnya itu serta bakal menantu.

Terdahulu, ketika kedua-dua pihak tiba untuk mendengar kes itu disebut di Mahkamah Syariah Dungun kira-kira jam 9 pagi semalam, suasana perkarangan mahkamah tegang seketika apabila anak perempuan pasangan itu tidak dapat mengawal perasaan dan memarahi ibu bapa kandungnya.

Tindakan Nurul Farah Wahida, 20, menimbulkan perasaan kurang senang terhadap kedua-dua orang tuanya selain beberapa sanak-saudara yang turut berada di perkarangan mahkamah.










Turut dilihat berada di mahkamah, bakal suami Farah, Mohd Ridzwan Muhammad, 22, selain keluarga angkat gadis berkenaan, Ali Embong dan isteri, Mek Nik Abdullah berusia 50-an.




Selepas permohonan kes disebut, kedua-dua pihak diminta hadir ke kamar Hakim Hamidi Shafie untuk berbincang secara tertutup yang berlangsung kira-kira satu setengah jam sebelum seorang demi seorang dilihat masuk ke kamar dengan keputusan yang memuaskan hati semua pihak dicapai.

Mazlan ketika ditemui berkata, tidak timbul langsung soal enggan menjadi wali pernikahan kerana dia hanya mahu anaknya itu menemuinya bagi membincangkan perkahwinannya dengan membawa keluarga bakal suami serta penjaganya dan dia gembira mendengar berita perkahwinan itu.

“Bapa mana tidak gembira mendengar anak mereka akan berkahwin, tetapi biarlah dilakukan secara beradat dan yang penting tidak membelakangkan kami sebagai keluarga kandung.

“Apapun saya bersyukur kerana semua sudah selesai dan saya memaafkannya walaupun jauh di sudut hati masih ada luka yang belum terubat.

“Sempena Ramadan ini, saya menerima kejadian ini sebagai teladan dan membuka pintu maaf seluasnya-luasnya dan memohon maaf kepada pihak yang mungkin terluka akibat kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, dia akan bertemu keluarga angkat anaknya itu dan keluarga bakal menantu untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan pasangan berkenaan yang dijangka berlangsung selepas Aidilfitri.

Sementara itu, keluarga angkat Farah ketika ditemui enggan memberi sebarang ulasan dan menganggap kes itu selesai.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang bapa terkilan dan kecewa tindakan anak perempuannya yang sanggup menyaman dengan alasan konon dia enggan menjadi wali pernikahannya.

Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata, dia terkejut apabila mendapat surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Terengganu, 3 September lalu yang memintanya hadir ke mahkamah berkaitan kes saman anak perempuannya berusia 20 tahun, semalam.

No comments:

Post a Comment