Monday, September 7, 2009

x pasai2 msk penjara lps nie...

Drebar, konduktor samun penumpang muntah




KUALA LUMPUR: Hanya kerana pening dan termuntah di dalam bas, sepasang kekasih menjadi mangsa tawanan ‘lanun bas’ sebelum dirompak oleh konduktor dan pemandu bas berkenaan.

Kedua-dua suspek berusia awal 20-an itu dikatakan menjadikan alasan muntah sebagai modal untuk mengugut mangsa menyerahkan wang dan semua barang berharga jika tidak mahu dicederakan.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh menaiki bas dari rumahnya di Jinjang Utara ke pusat ibu kota.

Mangsa bersama seorang lagi rakan wanitanya dikatakan pening dan tidak sihat menyebabkan termuntah di dalam bas..










“Mangsa yang menekan loceng dan ingin turun di hadapan pusat beli-belah Kotaraya, dihalang pemandu bas dan konduktor bas terbabit.




“Suspek dikatakan sengaja dikurung di dalam bas apabila kedua-dua pintu keluar di bahagian hadapan dan belakang bas itu sengaja ditutup oleh pemandu bas berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya mencuci sisa muntah itu yang didakwa menyebabkan kekotoran dan bas berkenaan dalam keadaan berbau busuk.

“Mangsa yang ketakutan akur dengan arahan dua lelaki berkenaan yang memaksanya berulang kali supaya mencuci muntah di atas lantai bas berkenaan.

“Suspek bertanya kepada kedua-dua mangsa sama ada mangsa membawa barang berharga atau wang ketika itu,” katanya.

Mangsa yang ketakutan menyerahkan dua telefon bimbit yang dibawa bersama wang tunai RM600 kepada suspek sebelum kedua-dua mangsa itu dibebaskan daripada ‘tawanan’.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengingati nombor pendaftaran bas itu sebelum membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

“Susulan daripada laporan polis yang dibuat berkenaan, pihak polis segera menjalankan siasatan.

“Tidak sampai 12 jam selepas laporan polis dibuat, konduktor berusia 25 tahun dan pemandu bas itu yang berusia 23 tahun diberkas polis. Hasil daripada pemeriksaan terhadap suspek yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor dan Sandakan, Sabah itu, polis menemui semula dua telefon bimbit milik mangsa,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut sejurus selepas diberkas polis.

No comments:

Post a Comment