Thursday, January 28, 2010

akibat anti poligami...

Suami curang kena belasah enam lelaki
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my

KUANTAN: Tindakan seorang suami yang curang dengan wanita lain ketika isterinya sarat mengandung, menerima padah apabila dibelasah enam lelaki dipercayai saudara isterinya, di Stesen Bas Terminal Makmur, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, itu mangsa dikenali sebagai Azmi, 29, yang bekerja di Gambang, curang ketika berjauhan dengan isterinya yang mengandung anak kedua dan berada di Cheneh, dekat Kemaman, Terengganu.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan asyik bercengkerama dengan kekasihnya yang berusia 36 tahun di atas motosikal miliknya di hadapan terminal bas berkenaan.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata ketika pasangan itu berbual, tiba-tiba enam lelaki datang dari belakang lalu merampas kunci motosikal dan menarik mangsa sebelum memukulnya dengan topi keledar.

Beliau berkata, seorang daripada enam lelaki terbabit dipercayai abang isteri mangsa.

“Seorang lelaki itu menarik teman wanita mangsa yang juga seorang jurujual di Jalan Wong Ah Jang, tetapi dia berjaya melarikan diri sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Noor Asyikin berkata, wanita terbabit kemudian berpatah balik ke tempat kejadian dan mendapati teman lelaki bersama motosikal sudah tiada di situ lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini.

“Ketika dihubungi teman wanitanya, mangsa memberitahu berada di rumahnya di Kemaman.

“Polis sedang mengesan enam lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana membabitkan kes melarikan motosikal milik mangsa,” katanya.

No comments:

Post a Comment