Thursday, January 21, 2010

pasangan malaysia x smpi 10 k ke yg nkh d siam? x pe... thn ni catat rekod!

10,000 pasangan China kahwin di Thailand

BANGKOK: Thailand menyambut baik laporan mengatakan sekurang-kurangnya 10,000 pasangan dari China merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di negara Asia Tenggara itu tahun ini.

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva menyifatkan majlis seperti itu pasti membantu dari segi meningkatkan pelancongan di antara negaranya dan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau menyampaikan mesej itu dalam mesyuarat kepada Fe Juakhoo, presiden Persatuan Hubungan Luar China yang mengunjungi Thailand sebagai tetamu kerajaan antara 18 dan 23 Januari lalu.

Lawatan itu juga sebagai menyambut ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara dua negara berkenaan,

Abhisit memberitahu Feng Thailand juga berterima kasih kepada China yang mengadakan majlis sambutan meriah kepada Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

Puteri itu melakukan lawatan ke Beijing pada 8 Disember lalu bagi menerima anugerah 'Chinese Connection � Top Ten International Friends,' lapor akhbar The Nation, semalam.

Perdana Menteri Thailand itu juga menyifatkan hubungan dua negara dalam keadaan terbaik khususnya dari segi politik dan ekonomi.

Feng pula dipetik sebagai memberitahu Abhisit bahawa kedua-dua negara merancang banyak kegiatan sebagai menyambut ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik itu. � Agensi

No comments:

Post a Comment