Thursday, January 7, 2010

x sbr mau tunggu FREE call siap LIVE lg...

HDTV berkeupayaan Skype diperkenal Jun

SYARIKAT komunikasi maya, Skype berkata, televisyen definisi tinggi (HDTV) dan berkeupayaan internet baru Panasonic dan LG akan menampilkan panggilan video dan suara Skype.

HDTV berkeupayaan Skype itu akan boleh didapati pertengahan tahun ini dan apabila digabungkan dengan kamera web HD baru ia akan ‘membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan selesa di ruang tamu mereka’, kata Skype.

Skype, dalam pengumumannya sempena pembukaan Pameran Elektronik Pengguna tahunan di Las Vegas minggu ini, berkata LG dan Panasonic akan menawarkan kamera web HD direka khusus dengan ‘mikrofon dan optik khas yang boleh mendapatkan suara serta video dari jarak sofa.

Syarikat itu, yang beribu pejabat di Luxembourg melepasi standard rangkaian telefon dan menyediakan panggilan suara dan video menerusi Internet.

Ia membolehkan pengguna Skype membuat panggilan kepada pengguna lain secara percuma dan menyediakan kemudahan untuk disambung dengan talian darat atau peranti mudah alih pada kadar rendah.

Skype, yang dijual oleh gergasi bidaan dalam talian eBay pada Noveber lalu kepada kumpulan pelaburan persendirian, berkata perisiannya akan diletakkan di dalam HDTV Panasonic VIERA CAST 2010 dan 26 HDTV plasma serta LCD LG dengan NetCast Entertainment Access.

“Populariti panggilan video Skype meningkat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan purata 34 peratus panggilan Skype ke Skype sehingga kini termasuk video,” kata Ketua Eksekutif Skype, Josh Silverman.

“Ramai orang yang membuat panggilan video menggunakan Skype menyatakan hasrat untuk berkomunikasi dengan rakan dan keluarga mereka daripada tempat yang selesa dan lebih utama di skrin besar,” kata Silverman.

“Secara logiknya, ini akan menerajui perkembangan Skype dipasang di HDTV,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment