Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi - MAKNANYA TAK MERASALAH CAM NI...

Pelajar pintar mahu segera nikah
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my
2010/03/31
HALIMATON dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka di Ibu Pejabat Daerah Langkawi, semalam.
HALIMATON dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka di Ibu Pejabat Daerah Langkawi, semalam.
Halimaton yang dilaporkan hilang berada di rumah keluarga teman lelaki

LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini.
Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.
Halimaton juga menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, mengenai dirinya, selain menyifatkan ia sebagai fitnah.

"Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani jam 9 pagi Isnin lalu dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Langkawi dan dijemput adik Mohamad Noor pada jam 11.30 pagi di jeti Kuah.

"Saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). Jadi dakwaan dibuat kakak dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah fitnah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Halimaton yang tidak bersekolah sejak seminggu lalu berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang, di sini, manakala Mohamad Noor juga berbuat demikian bagi mempertahankan diri.
"Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi,” katanya.

Halimaton turut mempersoalkan tindakan Hamiza yang beria-ria membuat kenyataan tidak mengenali Mohamad Noor sedangkan mereka mengenalinya sejak empat tahun lalu.

"Sebelum ini mereka ada hubungan sebagai adik dan kakak angkat. Kalau cakap tidak kenal itu satu penipuan kerana empat tahun kakak saya bekerja di Langkawi dan mereka memang kenal antara satu sama lain.

"Apa jadi pun saya mahu kahwin dengan Mohamad Noor. Malah, keluarga Mohamad Noor menerima saya dengan elok, cuma keluarga saya menentang hasrat kami untuk berkahwin," katanya.

Sementara itu, Mohamad Noor yang bekerja sebagai penyelia restoran berkata, beliau kecewa kerana kakak dan ibu Halimaton menuduhnya menculik dan melarikan gadis itu.

"Saya tidak pernah pergi Kelantan dan saya belum kahwin dengan Halimaton. Malah, ibu saya, Azizah Senapi dan bapa tiri, Abd Razak Md Hashim setiap hari cuba menghubungi keluarga Halimaton di Baling untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik,” katanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan yang dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan itu.

Sementara itu, Normah yang dihubungi Berita Harian berkata, Halimaton ada menghantar SMS kepadanya tengah hari semalam memaklumkan dia berada di Langkawi bersama keluarga Mohamad Noor.

"Dia pesan supaya saya menonton berita televisyen dan membeli akhbar esok (hari ini) untuk mengetahui cerita sebenar,” katanya.

emel ke menteri agama & kp jakim setelah maij gagal menangani karenah kadi tersebut sebelum dipas kepada pihak lain pulak...




saya ingin melapor bahawa ada seorang kadi cakap ini adalah blog peribadinya namun alamat blog yang digunakan adalah tidak sedemikian.

ramai akan terpengaruh dengan artikelnya yang bukan islam nabi (asal) serta boleh mengugat ketenteraman awam.

sebagai contoh pasal kes nikah siam. dia menakut2kan public tentang akan ditangkap jua walaupun memiliki sijil yang sah.

tambahan, komen beliau pasal kahwin budak sepatutnya jangan menjurus kepada hasutan pulak.

harap YB menteri agama dapat menegur kadi ini sebelum ianya menjadi bertambah parah. sekian, terima kasih.

yang ikhlas,

MAL +60128624623
http://warisan-marzuki.blogspot.com

*p.s alamat web yang berkenaan http://kadikluang.blogspot.com yang mana telah diadu kepada maij namun diperlekehkan. saya akan cc kepada jakim jua sebelum peguam negara kelak.

sebab tuh kena ramaikan lagi jadi doktor, doh...

Poor response from private doctors

2010/03/30


KUALA LUMPUR: The response from private medical practitioners to offers to serve in government hospitals is still poor, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai here yesterday.

He said only 18 of the 162 vacancies offered nationwide this month had been filled to date.

"I urge more private practitioners to take up the ministry's offer to serve in government clinics," said Liow, adding that the ministry had allocated RM31 million this year for the additional posts offered. He was speaking during a working visit to Hospital Ampang here.

The ministry has been offering private doctors to serve in government clinics since 2002.

It is learnt that the 18 who have taken up the offers are in Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Sarawak and Malacca.

The private practitioners are paid RM80 per hour, with working hours from 8am to 5pm for normal working days (sessional). For clinics that provide extended hour services, the working hours are from 5pm to 9.30pm for Mondays to Fridays and 8am to noon for Saturdays (locum).

Besides the sessional and locum offers in government clinics, private practitioners are also offered to practise in government hospitals on sessional basis at a rate of RM100 per hour for those in the medical field and RM120 per hour for surgical specialists.

So far, only 20 private medical specialists are providing their services in government hospitals.

At present, there are 15,000 doctors providing their services in the public sector while there are 10,000 private practitioners.

Private medical practitioners who are interested in the offers can visit the website, www. moh.gov.my/MohPortal/categoryView.jsp, for more details.

Jika benar dia sudah berkahwin, saya akan memaafkannya dan boleh menerima Adam sebagai menantu tetapi yang penting saya mahu dia pulang - CAYALAH CIK!

Remaja hilang dipercayai di Langkawi


2010/03/30
NORMAH mengedarkan risalah gambar anaknya yang hilang sejak seminggu lalu di sekitar pekan Baling, semalam.
NORMAH mengedarkan risalah gambar anaknya yang hilang sejak seminggu lalu di sekitar pekan Baling, semalam.
LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak seminggu lalu dipercayai berada di sini, bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Adam.

Seorang pembaca akhbar ini, berkata dia ternampak pelajar berkenaan bersama teman lelakinya itu menaiki feri dari Kuala Kedah ke Langkawi kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.
Katanya, dia mengecam wajah Halimaton berdasarkan gambar pelajar itu yang disiarkan akhbar ini pada Sabtu lalu.
"Saya menaiki feri yang sama dengan pasangan itu, tetapi tidak tahu ke mana haluan mereka seterusnya," katanya ketika menghubungi akhbar ini.

Berita Harian Sabtu lalu melaporkan, Halimaton yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007 didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dipercayai dilarikan orang tidak dikenali.

Sementara itu, seorang rakan karib Halimaton, mengakui melihat perubahan sikap remaja itu yang agak pendiam dan murung sejak beberapa minggu sebelum hilang.

Nur Samihah Abdul Ghani, 15, berkata Halimaton yang dikenali sejak berusia empat tahun adalah remaja periang selain memiliki rekod cemerlang dalam akademik dan kurikulum.
Katanya, hubungannya dengan Halimaton umpama adik beradik kerana rumah mereka kurang 20 meter di Kampung Lanai, Baling dan mereka sering berkongsi masalah peribadi dan pelajaran.

"Sejak mempunyai teman lelaki lebih empat bulan lalu, perwatakannya berubah dan dia lebih ceria serta telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangannya kerana selalu berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dia pernah menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan teman lelakinya itu selepas tamat sekolah kerana tidak mahu kecewakan ibunya.

"Namun, seminggu sebelum cuti sekolah baru-baru ini, sikapnya berubah dan dia kelihatan murung dan pendiam," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ibu Halimaton, Normah Abdul Mutalib, berkata, dia serta anak keduanya, Hamiza, 23, sudah membuat salinan poster kehilangan anak bongsunya lebih 1,000 untuk diedarkan di sekitar daerah ini dan Sungai Petani.

"Sejak dia hilang saya sangat tertekan dan berdoa kepada Allah agar melembutkan hatinya kembali ke pangkuan keluarga. Jika benar dia sudah berkahwin, saya akan memaafkannya dan boleh menerima Adam sebagai menantu tetapi yang penting saya mahu dia pulang," katanya.