Sikap suka tangguh
Oleh Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my
2010/03/22
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Individu diisytiharkan muflis berpunca sikap mereka sendiri yang menangguhkan bayaran dan tidak tahu kewujudan saluran bantuan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Golongan ini juga tidak berjaya menguruskan kewangan dan perbelanjaan sekali gus mengakibatkan bebanan pinjaman seperti kad kredit, pinjaman perumahan dan kereta semakin bertambah setiap masa. Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional, Muhamas Sha’ani Abdullah berkata, statistik dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mencatatkan 50 peratus pengguna kad kredit berusia bawah 30 tahun diisytiharkan muflis.
“Masalah ini bukan hanya membabitkan golongan kenamaan seperti artis, malah orang ramai turut menjadi muflis kerana tidak mencuba menyelesaikan masalah pinjaman dengan segera. “Sebelum mereka diisytiharkan muflis, nama mereka akan disenarai hitam oleh pihak pembiaya seperti bank dan kemudian akan menerima surat,” katanya. Menurutnya, orang ramai perlu mengetahui kewujudan agensi yang boleh memberi bantuan khidmat nasihat berkenaan pengurusan pembayaran balik pinjaman.
Katanya, AKPK agensi BNM dan dengan itu orang ramai dialu-alukan mendapatkan khidmat mereka. Beliau menyarankan individu ini memulakan langkah dengan bertemu dengan pihak bank serta AKPK membincangkan masalah ini dan menyusun atur semula jadual pembayaran pinjaman.
Menurutnya, persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) berminat mengadakan kursus dan ceramah berkaitan pengurusan kewangan boleh mengajukan permohonan kepada persatuan pengguna serta AKPK. Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai empat artis yang disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) termasuk seorang berpangkat Datuk.
No comments:
Post a Comment