Tuesday, March 2, 2010

DAH BUAT JAHAT, BERBOHONGLAH PULAK... MEMANG PATUT KAFIR KEJAM KENA BOM? MALAHAN BERI PERLUANG KEPADA MUSLIM UNTUK SYAHID ROMEN BIDADARI AKHIRAT LAGI!

Karadzic dakwa etnik Serb pertahan diri


THE HAGUE: Pemimpin perang Bosnia Serb, Radovan Karadzic, yang dituduh dengan pembunuhan ramai di Eropah, semalam memberi keterangan bahawa penduduk Serb sebenarnya mempertahankan diri daripada fundamentalis Islam yang cuba menguasai Bosnia ketika perpecahan Yugoslavia.

Dalam kenyataan membela diri pada tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Karadzic menafikan sebarang hasrat mengusir rakyat bukan Serb daripada rumah mereka, dan berkata matlamat Serb adalah melindungi nyawa dan hartanah mereka.

Ada pemimpin Muslim di Bosnia yang 'melakukan perancangan licik,' Karadzic memberitahu tribunal jenayah perang PBB bagi bekas Yugoslavia itu.




"Mereka mahukan fundamentalisme Islam sejak 1991," katanya.

"Tujuan kami adil dan suci," kata Karadzic ketika memulakan kenyataan dua harinya, dan bergantung hanya pada sedikit catatan nota saja.

"Kami mempunyai tujuan baik. Kami ada bukti."

Karadzic, 64, menghadapi dua tuduhan melakukan pembunuhan ramai dan sembilan tuduhan lain bagi pembunuhan, penghapusan, hukuman, pengusiran paksa dan serangan ke atas 200 tebusan PBB.

Dia menghadapi hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pendakwa berkata, Karadzic merancang kempen untuk menghapuskan penduduk Muslim dan Croatia di timur Bosnia bagi mewujudkan negara Serbia tulen dari segi etnik.

Kempen itu termasuk serangan 44 bulan di Sarajevo dan penderaan serta pembunuhan tahanan di kem yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai 8,000 lelaki Muslim pada Julai 1995 di Srebrenica. – AP

No comments:

Post a Comment