Friday, February 12, 2010

KFR PUN TAU BAHAYA HR KEKASIH JK X DTGNI DGN BERHEMAH...


Larang hantar kad ucapan Hari Kekasih

LONDON: Sebuah sekolah melarang pelajar menghantar kad ucapan Hari Kekasih kerana menyifatkan mereka belum cukup matang untuk berkasih.

Sekolah Rendah Ashcombe Primary School, yang mempunyai pelajar berusia empat hingga 11 tahun memberi amaran akan merampas sebarang kad yang ditemui di premis terbabit di Somerset, barat daya England, lapor akhbar The Times.

"Sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa menggalakkan untuk bercakap mengenai teman lelaki dan perempuan," tulis pengetua, Peter Turner dalam satu buletin bulanan.

"Kami percaya bahawa idea seumpama itu perlu ditangguhkan sehingga kanak-kanak terbabit cukup matang secara emosi dan sosial untuk memahami komitmen terbabit dalam mempunyai atau menjadi seorang teman lelaki atau teman wanita," katanya dalam surat berkenaan kepada ibu bapa pelajar.

Bagaimanapun pengetua di sekolah yang mempunyai pelajar seramai 419 orang itu dimarahi berikutan sekatan bagi kad 'Valentine' terbabit.

Rajeev Takyar, yang mempunyai anak berusia 11 tahun, Jai dan Aryan, 5, menyifatkan larangan terbabit sebagai tidak masuk akal.

"Apa lagi akan berlaku selepas ini? Melarang mereka bermakna menghalang kanak-kanak daripada mendapat kemahiran sosial. Kalau begitu, bagaimana mereka akan belajar mengenai perhubungan?" �AP

No comments:

Post a Comment