Australia rampas kopi tahi musang
2010/03/14
JAKARTA: Seperti yang rakyat Indonesia tahu, Kopi Luwak terkenal kerana rasanya serta keunikannya, hasil laluan di dalam saluran penghadaman musang. Ia adalah pemberian paling sempurna yang diakui ramai pihak.
Malangnya, kastam Australia mempunyai pandangan berbeza.
Pemberian kopi musang oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kepada Perdana Menteri, Kevin Rudd pada kunjungannya yang baru berakhir dirampas. Kopi Luwak dihasilkan daripada biji yang dipanggang selepas dicerna dan dikeluarkan musang, memerlukan permit khas untuk memasuki Australia kerana ia mungkin berpotensi tercemar dengan patogen eksotik dan endemik” menurut laman web Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Australia (AQIS).
Memalukan, pemberian Susilo tidak memiliki permit seperti itu.
“Semua import ke dalam Australia perlu mematuhi peraturan kuarantin dan pemberian tetamu asing kepada pemimpin Australia tidak dikecualikan,” lapor Sydney Morning Herald, memetik kata sumber perdana menteri.
AQIS dilaporkan mengeluarkan amaran Januari lalu kepada pengimport kopi panggang bahawa permit khas diperlukan untuk kopi “yang secara sebahagiannya dicerna menerusi saluran makanan haiwan seperti Kopi Luwak.” – Agensi
No comments:
Post a Comment