Friday, April 23, 2010

LAGU NIH BARULAH 1 SEMESTA... PTPTN UNTUK NGOK JER? MARA PERLU WUJUD SEMULA KAT IPTA JUGAK!

Mara urus biasiswa pelajar bukan Bumiputera di Jepun
Daripada Norliza Abdullah di Tokyo

2010/04/23
TOKYO: Pelajar bukan Bumiputera boleh melanjutkan pengajian ke Jepun melalui Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi fasa empat (DPPT IV), yang akan diperkenalkan mulai tahun depan.

Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Rosli Mat Hassan, berkata menerusi program pendidikan berasaskan silibus pendidikan universiti di Jepun itu, katanya, pelajar mengikuti pengajian peringkat diploma di Malaysia sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah di Jepun.
“YPM bersedia menguruskan penajaan pelajar daripada mana-mana organisasi yang bersedia menaja pelajar bukan Bumiputera,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan hasil lawatannya ke beberapa universiti di Jepun kepada pemberita Malaysia, di sini, semalam. Pelaksanaan projek pendidikan bersama kerajaan Jepun bermula dengan DPPT I, DPPT II dan DPPT III. Sepanjang tempoh 17 tahun pelaksanaannya, YPM dapat melahirkan lebih 1,000 jurutera pelbagai bidang pengkhususan menjelang 2015.

Bagi program DPPT IV, beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan penambahbaikan silibus bagi memenuhi keperluan industri, membabitkan kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Japan Accreditation Board of Engineering Education (Jabi).

Rosli berkata, DPPT IV akan memulakan sesi pengajian pada 2011 hingga 2020, yang menyediakan 800 tempat iaitu 400 untuk pelajar tempatan dan bakinya dibuka kepada mereka yang layak dari negara Asean+3 (Jepun, Korea Selatan dan China).
Katanya, penyediaan dana oleh Japanese International Corporation Agency (Jica) itu mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar seluruh Asean mendapatkan pendidikan berkualiti.

"Inisiatif ini adalah langkah awal negara ke arah penubuhan Japan-Malaysia University (JMU) di Malaysia. Menerusi DPPT IV itu, YPM yakin ramai pelajar negara anggota (Asean+3) berminat mengikuti pengajian di Malaysia sebelum ke Jepun,” katanya.

No comments:

Post a Comment