Usah persalah jabatan agama
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
2010/03/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Masalah kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf tidak mampu selesai jika masyarakat hanya mengharap pihak berkuasa bertindak melaksanakan hukuman tanpa mahu mempertingkatkan kesedaran bahayanya pelakuan zina.
Pegawai Perhubungan Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, penguatkuasaan dan hukuman terhadap mereka yang terjebak dalam zina adalah jalan terakhir tetapi paling penting kesedaran dan pengetahuan agama diberikan kepada setiap insan supaya masalah kelahiran bayi tak sah taraf dapat dielakkan. Katanya, faktor luar menjadi penyumbang utama kepada gejala sosial perlu dipantau dan dikawal lebih awal bermula dari rumah.
“Oleh itu, jabatan agama negeri tidak seharus dipersalah kerana segala usaha seharusnya bermula dari rumah dan ibu bapa sewajarnya mengawal dan memberikan pendidikan agama supaya anak-anak mengelak terjebak dalam kes sedemikian,” katanya.
Katanya, jabatan tidak pernah lepas tangan dalam isu itu sebaliknya pelbagai program diatur untuk sentiasa mengingatkan masyarakat supaya tidak leka tanggungjawab bagi menangani isu sedemikian dan program itu turut membabitkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah di negeri berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip turut menyokong hukuman dan penguatkuasaan saja belum tentu dapat mendidik masyarakat.
No comments:
Post a Comment