Monday, May 31, 2010

menyayat hati... budak2 tak perlu bawak kereta jika bawah 25 tahun sepatutnya.

Suami isteri maut lepas daftar anak


2010/05/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Baru beberapa jam mendaftar anak di sebuah kolej, suami isteri menemui ajal apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kemalangan di Kilometer 296.7, Lebuhraya Utara- Selatan menghala Kuala Lumpur, berhampiran susur keluar Bangi, dekat sini, kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Ahmad Ariffin Ahmad Manap, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya Zainab Jusoh, 54 meninggal dunia ketika di Hospital Serdang.


Zainab seorang penerbit rancangan televisyen di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala suaminya bekas juruteknik di stesen sama.


Jurucakap polis trafik berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas menghantar anak mendaftar di sebuah Kolej di Seremban, Negeri Sembilan.


“Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu anak mereka yang berusia 19 tahun dan ketika sampai di lokasi kejadian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok.


“Suami mangsa di bahagian penumpang hadapan tersepit dan maut di tempat kejadian manakala isterinya di belakang dikejarkan ke hospital parah,” katanya.

No comments:

Post a Comment