Wednesday, June 9, 2010

BILA NAK HANTAR KE MALAYA? WA P SYDNEY 2005 PUN TAK DAPAT YANG HALAL PUNYA!



Peru import daging kangaru


2010/06/09

LIMA: Kerajaan Peru dilaporkan meluluskan import daging kangaru dari Australia.
Satu notis disiarkan dalam satu pendaftaran undang-undang dan peraturan kerajaan menyatakan pihak berkuasa persekutuan meluluskan import daging kangaru.
Hanya daging kangaru yang dibela untuk tujuan kegunaan makanan manusia dibenarkan diimport. Sehubungan itu ia tidak membenarkan import kangaru yang dibunuh dalam program penghapusan atau mati disebabkan penyakit. Haiwan daripada kawasan kuarantin Australia juga tidak dibenarkan. Kangaru mempunyai daging merah sama seperti daging lembu. Ia dilihat sebagai daging rendah lemak berbanding lembu.
Walaupun kangaru menjadi simbol Australia, berjuta-juta kangaru liar disembelih setiap tahun untuk mengawal bilangannya dan dijadikan sebagai makanan kepada haiwan peliharaan. – AFP

No comments:

Post a Comment