Wednesday, June 9, 2010

jom berkumpul di sana pulak bagi menyokong tindakan beliau... klik imej yang membanggakan ini.

Lokasi Mahkamah Syariah dan Sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur








Status nikah Bung Mokhtar esok


2010/06/09

Status nikah Bung Mokhtar esok

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan esok untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu.
Hakim Kanan Syarie Mohd Abdul Radzi Abd Latif menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mendengar keterangan pasangan itu; abang Zizie yang menjadi walinya, Datuk Ahmad Shahazami, 48; saksi perkahwinan mereka, abang Zizie, Samzy Fuzette, 34; dan adiknya Shaheizy Sam, 28.
Bung Moktar, 51, dan Zizie, 32, turut memohon supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Notis permohonan itu difailkan Bung Moktar dan Zizie selaku pemohon, melalui Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co pada 4 Jun lalu.

Ketika ditemui selepas prosiding, peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili pasangan itu, berkata mahkamah sudah mendengar keterangan daripada pemohon, wali dan saksi dalam pernikahan itu dalam kamar serta menetapkan esok untuk keputusan permohonan berkenaan.

Disoal mengapa permohonan dibuat di sini sedangkan pernikahan berlangsung di Taman Melati, Selangor, Zulkifli berkata: “Ketika ia difailkan Zizie sudah berpindah ke Kuala Lumpur, permohonan dibuat mengikut alamat pemastautin (di mana Zizie menetap)”.
Terdahulu sebelum prosiding bermula, Bung Moktar dan Zizie kelihatan terkejut dengan kehadiran pihak media, malah ahli keluarga Zizie juga enggan menyatakan tujuan mereka datang ke mahkamah semalam.

Disoal wartawan, Bung Moktar dengan nada bergurau menyatakan kehadirannya hanya untuk berjumpa rakan di mahkamah.

No comments:

Post a Comment