Wanita makin cerdik selepas lahir anak
LONDON: Kepercayaan popular bahawa kehamilan mengusutkan minda wanita cuma satu mitos kerana penyelidikan yang dibuat menunjukkan ia sebenarnya memperbaiki kemampuan mental secara berkekalan. Penyelidik yang mengikut perkembangan 2,500 wanita selama lebih 10 tahun mendapati tiada perbezaan antara fungsi otak mereka sebelum dan ketika hamil sebaliknya percaya kehamilan dan keibuan meningkatkan kebijaksanaan wanita. Mereka berkata, gangguan tidur dan anggapan biasa sifat pelupa ketika kehamilan dikaitkan dengan anak adalah penjelasan paling jelas kepada ‘otak bayi.’
Kajian terdahulu mendakwa otak wanita hamil menyusut dari segi saiz dan secara konsisten menunjukkan persembahan lebih teruk berbanding wanita lain dalam ujian ingatan dan skil percakapan. Saintis menyatakan, perbezaan sehebat membandingkan kemampuan mental seseorang berusia 20 tahun dengan 60 tahun. Bagaimanapun, Profesor Helen Christensen, dari Universiti National Canberra di Australia, berkata kajiannya menyangkal penyelidikan terdahulu kerana ia membandingkan wanita sama sebelum dan ketika hamil. - Agensi
“Wanita kerap melaporkan masalah ingatan dan kewarasan selepas hamil. Namun hasil kajian terbaru dari penyelidikan selama satu dekad membuktikan mereka sebenarnya tidak berdepan masalah itu,” katanya. Penyelidik mengkaji 2,500 wanita berusia 20 hingga 24 tahun, pertama kali pada tahun 1999 dan sekali lagi pada tahun 2004 dan 2008. “Kami mendapati kumpulan kedua atau ketiga ditemubual membabitkan wanita yang hamil menunjukkan persembahan sama pada ujian logik dan ingatan seperti sebelumnya. “Ia benar-benar meninggalkan persoalan besar kepada mengapa wanita - dan kerapnya pasangan mereka - berasa ingatan mereka teruk sedangkan bukti terbaik yang kami ada menunjukkan sebaliknya,” kata Christensen. - Agensi
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090210064235/Article/indexworld_html
No comments:
Post a Comment