Tuesday, February 10, 2009

tabik hrmtlah kat geng filipina, kan? mnh mrk pun blh thn cun gak! org kita duduk bwh tempurung jelah...

Arroyo galak rakyat bekerja di luar negara

Filipina perhebat usaha penempatan lebih ramai buruh KETIKA beribu-ribu pekerja Filipina berdepan kemungkinan diberhentikan kerja berikutan krisis kewangan global, Presiden Gloria Arroyo menggesa diperhebatkan usaha untuk menempatkan lebih ramai pekerja negara itu di luar negara. Filipina ketika ini adalah antara sumber utama dunia bagi pekerja mahir dan tidak mahir dengan sembilan juta orang atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduknya, tinggal dan bekerja di 140 negara.
Dalam 11 bulan pertama tahun lalu, pekerja terbabit menghantar AS$15 bilion ke Filipina, menyumbang sekitar 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi bagi tahun itu pada kadar 4.6 peratus. Ketika pengiriman wang dapat melindungi Filipina daripada kesan penuh krisis kewangan, sektor pembuatan dan pakaian negara itu begitu parah dengan kilang terpaksa ditutup dan beribu-ribu kehilangan kerja. Jabatan Buruh Filipina berkata, kira-kira 15,000 pekerja dibuang sepanjang dua bulan lalu manakala 19,000 lagi berdepan pengurangan hari bekerja kepada empat hari seminggu atau kurang.
Dalam senario terburuk, kerajaan negara itu bimbang 800,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini. Kerajaan Arroyo percaya ada pekerjaan untuk rakyat Filipina di luar negara, terutama di Asia Barat dan lebih ramai pekerja diambil oleh negara luar lebih banyak pengiriman wang diterima negara itu. Arroyo membincangkan perkara itu dengan pegawai Arab Saudi di Riyadh minggu lalu semasa lawatan singkat ke negara di mana kira-kira sejuta rakyat Filipina bekerja. Kerajaan Filipina turut menimbangkan menarik larangan lima tahun rakyatnya bekerja di Iraq dan menghantar sepasukan pekerja ke negara itu bulan ini.
Semasa satu lawatan ke Filipina baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Pembinaan Iraq, Bayan Mohammed meminta pihak berkuasa Filipina menimbangkan semula larangan itu. Naib Presiden Filipina, Nolo de Castro, berkata Iraq sedang mencari kira-kira 10 juta pekerja, daripada doktor dan jururawat kepada pekerja pembinaan. Pengangguran di Filipina ketika ini kekal pada 6.8 peratus yang mana kira-kira 60 peratus daripada tenaga kerjanya seramai 39 juta bekerja dalam sektor perikanan, pertanian dan kerja domestik. “Akan ada kehilangan kerja di Asia Timur tetapi ada pekerjaan di Asia Barat kerana negara di rantau itu memberi tindak balas kepada krisis dengan menyuntik dana ke dalam ekonomi mereka,” kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi Filipina, Ralph Recto. Sementara itu, kerja dalam sektor penjagaan kesihatan masih ada di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kerana pertambahan penduduk berusia di sana, katanya. - AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20090210080124/Article/index_html

No comments:

Post a Comment