x pyh gdh2. RM50 utk 1 thn, 100 = 2 , 200 = 4 & 400 = 8 thn bergantung kpd keperluan pengguna... jk kanak2, caj 1/2 je agr smua blh p overseas & fly!?

Three-year passports better, say tour firms
2009/09/15


JOHOR BARU: Tour operators here welcome the introduction of the two-year passport but feel that a validity period of three years would be better.

Malaysia Association of Travel and Tour Agencies chairman (Johor chapter) Kenny Ngi said for a two-year passport, the official validity is only 18 months.

"This is based on the condition set for passport holders to ensure their documents are valid for at least six months before they are allowed to go overseas.

"However, 18 months is too short. If passport holders have to visit the Immigration Department to renew their passports every 18 months, it will be time and energy-consuming.


"It will be nice if the ministry could consider a three-year passport for between RM120 and RM150."

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, in announcing the introduction of the two-year passport, said the move was prompted by feedback from the people, especially the infrequent travellers.

The passport, costing RM100, will be available from Oct 1. The standard 32-page passport costs RM300 and the 64-page version costs RM600. Both are good for five years.

East Coast Adventure Travel and Tour Sdn Bhd managing director Liza Alip said the government should also consider the needs of frequent travellers.

Instead of reducing the validity period and price as is the case with the alternative passport, she suggested that the fees for the standard five-year passport be lowered.

kelakar betul dengan dunia sekarang. yelah, nak nikah siam, kena mohon restu famili dulu tetapi bila berzina, izin daripada tuhan pun mereka buat bodo

Pelajar IPTA, kekasih asmara dalam semak





KULIM: Semak tidak terlepas menjadi lokasi pasangan muda melempiaskan hawa nafsu apabila seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama teman lelakinya di kawasan tangki air Taman Penaga di sini, awal pagi semalam.

Tangkapan kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) bersama anggota polis yang membuat pemeriksaan selepas mendapat maklumat orang ramai.

Jurucakap PADK, pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kemungkinan berlaku maksiat selepas melihat sepasang kekasih masuk ke kawasan tangki air itu.

Sehubungan itu, katanya, sekumpulan pegawai penguat kuasa PADK mengadakan pemeriksaan operasi pencegahan maksiat di kawasan berkenaan dengan bantuan polis.










“Sebaik tiba di kawasan yang gelap, kami mengesan sepasang kekasih sedang leka bermadu asmara.




“Kami menemui seluar dalam lelaki dan perempuan yang dilucutkan di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lelaki berusia 21 tahun itu bekerja di sebuah hotel di Pulau Pinang dan teman wanitanya berusia 24 tahun adalah penuntut IPTA di Perlis yang berasal dari Alor Star dan kini menjalani latihan praktikal di hotel berkenaan.

Jurucakap itu berkata, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Syariah Kulim mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimun RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

dah nak kiamat besar pun...

Rahmat Ramadan
Oleh Hadzlan Hassan
Hadzlan@hmetro.com.my



DUNGUN: Kehadiran Ramadan membawa 1001 rahmat kepada keluarga seorang kontraktor, Mazlan Mohd Hussein, 45, yang sebelum ini dikatakan enggan mewalikan anak gadisnya hingga memaksa wanita berkenaan mengheret keluarga kandungnya ke Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Jika sebelum ini, Mazlan dan isteri, Noorbaini Ali, 42, tetap dengan pendiriannya, malah sanggup bermalam dalam lokap jika dihukum kerana kesalahan enggan menjadi wali, tiba-tiba berubah sekelip mata apabila pasangan itu saling bermaaf-maafan dengan keluarga angkat anak gadisnya itu serta bakal menantu.

Terdahulu, ketika kedua-dua pihak tiba untuk mendengar kes itu disebut di Mahkamah Syariah Dungun kira-kira jam 9 pagi semalam, suasana perkarangan mahkamah tegang seketika apabila anak perempuan pasangan itu tidak dapat mengawal perasaan dan memarahi ibu bapa kandungnya.

Tindakan Nurul Farah Wahida, 20, menimbulkan perasaan kurang senang terhadap kedua-dua orang tuanya selain beberapa sanak-saudara yang turut berada di perkarangan mahkamah.










Turut dilihat berada di mahkamah, bakal suami Farah, Mohd Ridzwan Muhammad, 22, selain keluarga angkat gadis berkenaan, Ali Embong dan isteri, Mek Nik Abdullah berusia 50-an.




Selepas permohonan kes disebut, kedua-dua pihak diminta hadir ke kamar Hakim Hamidi Shafie untuk berbincang secara tertutup yang berlangsung kira-kira satu setengah jam sebelum seorang demi seorang dilihat masuk ke kamar dengan keputusan yang memuaskan hati semua pihak dicapai.

Mazlan ketika ditemui berkata, tidak timbul langsung soal enggan menjadi wali pernikahan kerana dia hanya mahu anaknya itu menemuinya bagi membincangkan perkahwinannya dengan membawa keluarga bakal suami serta penjaganya dan dia gembira mendengar berita perkahwinan itu.

“Bapa mana tidak gembira mendengar anak mereka akan berkahwin, tetapi biarlah dilakukan secara beradat dan yang penting tidak membelakangkan kami sebagai keluarga kandung.

“Apapun saya bersyukur kerana semua sudah selesai dan saya memaafkannya walaupun jauh di sudut hati masih ada luka yang belum terubat.

“Sempena Ramadan ini, saya menerima kejadian ini sebagai teladan dan membuka pintu maaf seluasnya-luasnya dan memohon maaf kepada pihak yang mungkin terluka akibat kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, dia akan bertemu keluarga angkat anaknya itu dan keluarga bakal menantu untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan pasangan berkenaan yang dijangka berlangsung selepas Aidilfitri.

Sementara itu, keluarga angkat Farah ketika ditemui enggan memberi sebarang ulasan dan menganggap kes itu selesai.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang bapa terkilan dan kecewa tindakan anak perempuannya yang sanggup menyaman dengan alasan konon dia enggan menjadi wali pernikahannya.

Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata, dia terkejut apabila mendapat surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Terengganu, 3 September lalu yang memintanya hadir ke mahkamah berkaitan kes saman anak perempuannya berusia 20 tahun, semalam.

padan muka! hahaha... esok ada lg yg kantoi selagi perlekehkan nkh siam, kan?

Perbuatan dua pensyarah wajar dikeji





KUALA LUMPUR: Kelakuan sumbang dua pensyarah yang ditangkap berkhalwat pada bulan mulia bukan contoh yang baik kepada pelajar, malah mereka tidak layak digelar pembimbing generasi muda.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam (Pekesim), Ghafar Nin, berkata tindakan mereka bukan contoh baik sebaliknya wajar dikeji kerana kedudukan sebagai pensyarah dipandang tinggi masyarakat.

“Kesan negatifnya bukan pada diri mereka saja tetapi keluarga, anak, isteri, agama, bangsa dan nilai terhadap profesion sebagai pensyarah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pasangan pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah hotel.

Laporan itu disiarkan di muka depan Harian Metro, semalam.

Pensyarah cemar Ramadan
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my




BUTTERWORTH: Memalukan apabila pasangan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sanggup mencemarkan kemuliaan Ramadan apabila dicekup berkhalwat dalam sebuah hotel di Prai, awal pagi kelmarin.

Lebih mengaibkan, ini kes kedua mereka ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas dicekup kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam beberapa bulan lalu dan kes masih dalam siasatan.

Pensyarah wanita terbabit yang masih dalam edah ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama rakan sejawatnya yang bertugas di sebuah IPTS di Kedah.

Ibarat guru kencing berdiri, murid kencing berlari, dua siswa IPTS turut dicekup kerana kesalahan sama di sebuah hotel lain di sini, awal pagi kelmarin.










Keempat-empat mereka antara sembilan pasangan kekasih ditahan dalam empat serbuan berasingan dalam operasi cegah maksiat sempena Ramadan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).




Operasi bermula dari jam 11 malam Jumaat hingga 5 pagi Sabtu itu tertumpu dua kesalahan iaitu berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam sekitar bandar ini, Prai, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pantai Bersih dan Pantai Robina.

Operasi membabitkan 15 pegawai penguat kuasa JHEAIPP diketuai Ketua Unit Operasinya, Khairul Azman Azizan.

Khairul Azman berkata, kedua-dua pensyarah terbabit ditahan jam 2.15 pagi di sebuah hotel di Taman Inderawasih, Prai selepas pihaknya memeriksa sebuah bilik di tingkat tiga.

Katanya, pada mulanya pintu bilik diketuk beberapa kali tetapi tidak mendapat kerjasama sehingga pegawai penguat kuasa memberi amaran dan 10 minit kemudian ia dibuka seorang lelaki berusia 34 tahun berpakaian lengkap tetapi keadaan tali pinggang seluarnya terbuka.

Katanya, selepas memperkenalkan diri dan memasuki bilik hotel itu, didapati seorang wanita berusia 35 tahun berada di tepi meja solek berpakaian kebaya labuh.

“Pada awalnya lelaki itu mendakwa dia bersama isterinya tapi apabila diminta dokumen pernikahan, mereka gagal membuktikan dan selepas disoal siasat dia mengaku sudah berkahwin manakala wanita beranak empat berkenaan pula baru bercerai dan masih dalam edah.

“Mereka mengaku pensyarah di sebuah IPTS di Kedah dan pemeriksaan mendapati kedua-duanya pernah ditahan atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam beberapa bulan lalu dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

Khairul Azman berkata, ketika tangkapan kali kedua itu, lelaki itu sekali lagi cuba berbohong apabila memberi pelbagai alasan, namun siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti status mereka.

Sementara itu, katanya, dalam pemeriksaan sebelumnya pada jam 1.40 pagi di sebuah hotel di Jalan Chain Ferry, dua pelajar IPTS ditahan dalam sebuah bilik di tingkat tiga.

Ketika pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki berseluar pendek tanpa baju.

Katanya, seorang wanita kemudian dilihat cuba melarikan diri ke dalam bilik air dengan hanya bercoli dan berseluar dalam selepas pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu berusia 21 tahun, manakala wanita 19 tahun dan kedua-dua mereka mengaku penuntut sebuah IPTS dan hasil pemeriksaan lanjut turut menemui satu helai singlet dan seluar dalam lelaki di bawah katil,” katanya.

Turut ditahan, katanya, sepasang kekasih berusia 20-an di hotel sama.

Khairul Azman berkata, semua pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Bukit Mertajam untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan JHEAIPP.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan, enam pasangan kekasih ditahan kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di R&R Bagan Ajam, Pantai Robina dan Pantai Bersih.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu, seorang lelaki sanggup meninggalkan kekasihnya di tepi laut untuk melarikan diri daripada ditahan pegawai penguat kuasa agama dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya terserempak sepasang kekasih dan cuba menghampiri mereka tetapi lelaki terbabit terus bangun dan melarikan diri meninggalkan teman wanitanya.

Katanya, wanita berusia 30-an itu mengaku teman lelakinya sudah berkahwin serta mempunyai anak.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian ditahan.

Siasatan ke atas semua pasangan itu dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

lbh best p raya istana nurul iman drpd...

PM jemput ke rumah terbuka





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menjemput semua lapisan masyarakat Malaysia menghadiri dan memeriahkan Rumah Terbuka beliau sempena Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya, pada hari raya pertama mulai 11 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, semua menteri Kabinet juga dijadualkan menyertai Rumah Terbuka itu, yang akan diadakan sehingga 3 petang.

Perkhidmatan bas perantara disediakan dari Putrajaya Sentral dan Dataran Masjid Putra bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas manakala buggy disediakan untuk golongan orang kurang upaya dan warga emas di laluan utama Sri Perdana. - Bernama

x pasai2 msk penjara lps nie...

Drebar, konduktor samun penumpang muntah




KUALA LUMPUR: Hanya kerana pening dan termuntah di dalam bas, sepasang kekasih menjadi mangsa tawanan ‘lanun bas’ sebelum dirompak oleh konduktor dan pemandu bas berkenaan.

Kedua-dua suspek berusia awal 20-an itu dikatakan menjadikan alasan muntah sebagai modal untuk mengugut mangsa menyerahkan wang dan semua barang berharga jika tidak mahu dicederakan.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh menaiki bas dari rumahnya di Jinjang Utara ke pusat ibu kota.

Mangsa bersama seorang lagi rakan wanitanya dikatakan pening dan tidak sihat menyebabkan termuntah di dalam bas..










“Mangsa yang menekan loceng dan ingin turun di hadapan pusat beli-belah Kotaraya, dihalang pemandu bas dan konduktor bas terbabit.




“Suspek dikatakan sengaja dikurung di dalam bas apabila kedua-dua pintu keluar di bahagian hadapan dan belakang bas itu sengaja ditutup oleh pemandu bas berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya mencuci sisa muntah itu yang didakwa menyebabkan kekotoran dan bas berkenaan dalam keadaan berbau busuk.

“Mangsa yang ketakutan akur dengan arahan dua lelaki berkenaan yang memaksanya berulang kali supaya mencuci muntah di atas lantai bas berkenaan.

“Suspek bertanya kepada kedua-dua mangsa sama ada mangsa membawa barang berharga atau wang ketika itu,” katanya.

Mangsa yang ketakutan menyerahkan dua telefon bimbit yang dibawa bersama wang tunai RM600 kepada suspek sebelum kedua-dua mangsa itu dibebaskan daripada ‘tawanan’.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengingati nombor pendaftaran bas itu sebelum membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

“Susulan daripada laporan polis yang dibuat berkenaan, pihak polis segera menjalankan siasatan.

“Tidak sampai 12 jam selepas laporan polis dibuat, konduktor berusia 25 tahun dan pemandu bas itu yang berusia 23 tahun diberkas polis. Hasil daripada pemeriksaan terhadap suspek yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor dan Sandakan, Sabah itu, polis menemui semula dua telefon bimbit milik mangsa,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut sejurus selepas diberkas polis.

jgn pakcik plk kena tngkp sbb buat lprn palsu, dah lah... kerna itulah kena percaya kpd tkdr, doh tua! kecik2 x mau mam plk, kan?

Jebak asmara
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my



SUNGAI PETANI: Bapa mana tidak marah apabila anak daranya berusia 18 tahun tergamak lari mengikut penarik kereta yang sudah pun mempunyai dua isteri.

Akibat terjebak dengan ayat cinta lelaki berusia lewat 40-an itu, si gadis sanggup mengikutnya untuk berkahwin di Thailand dan sejak itu tidak pulang lagi ke rumah.

Semuanya bermula apabila Amira Azua Mohamad dari Taman Sidam Kiri, dekat sini, menghilangkan diri selepas sebulan pulang dari Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) awal Ogos lalu.

Mohamad Hussin, 51, percaya kehilangan anaknya ada kaitan dengan seorang lelaki yang menetap tidak jauh dari rumahnya yang sebelum itu pernah datang meminta kebenarannya membawa Amira bekerja di kedai telefon bimbit miliknya.










“Saya mengizinkan pada awalnya, tapi Amira terpaksa berhenti kerja kerana menyertai PLKN. Selepas tamat kursus itu, lelaki berkenaan datang sekali lagi meminta anak saya bekerja dengannya menyebabkan saya tak sedap hati lalu tidak mengizinkannya,” katanya.




Menurutnya, pada 1 Ogos lalu, Amira tiba-tiba hilang dari rumah dan mereka sekeluarga berusaha mencarinya, tetapi gagal.

“Tembelang lelaki yang turut bekerja sebagai penarik kereta itu terbongkar selepas kira-kira seminggu kemudian seorang daripada dua isterinya datang ke rumah kami memberitahu Amira bersama suaminya di Thailand dan mereka sudah berkahwin.

“Tindakan lelaki itu menyebabkan kami marah kerana dia sudah berusia hujung 40-an dan mempunyai dua isteri, tapi masih tergamak membawa lari anak dara orang yang baru berusia belasan tahun untuk berkahwin tanpa restu di Siam,” katanya.

Mohamad berkata, dia tidak akan merestui perkahwinan itu walau apa pun berlaku.

“Lebih menyedihkan, lelaki berkenaan tinggal tidak jauh dari rumah kami serta dikenali semua penduduk taman ini,” katanya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda pada 6 Ogos lalu, iaitu hari sama dimaklumkan isteri lelaki berkenaan mengenai anaknya dilarikan dan berkahwin di negara jiran.

“Seminggu selepas itu lelaki itu menghantar Amira pulang tapi saya dapati keadaan dan sikapnya berubah sama sekali. Kami membawanya ke rumah datuknya di Felda Bukit Mandi, Triang, Pahang untuk berubat pada 19 Ogos lalu, tetapi selepas 10 hari di sana, dia sekali lagi dilarikan lelaki berkenaan dan sehingga kini tidak pulang ke rumah,” katanya.

Mohamad berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Mengkuang, Bera, Pahang pada 30 Ogos lalu.

“Saya kesal kerana anak perempuan saya yang kemudian membuat laporan di balai sama tidak ditahan anggota polis bertugas walaupun tidak memiliki kad pengenalan.

“Kini kami mendapat tahu Amira dan lelaki berkenaan sudah pulang ke Sungai Petani, tapi masih menunggu tindakan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini kerana bagi keluarga kami, Amira diculik dan dipaksa berkahwin di negara jiran tanpa kemahuannya,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, kes itu kini diserah kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda yang dijangka memanggil Amira dan lelaki terbabit untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Saturday, September 5, 2009

jumpa d UAE plk! slp x ambk gmbr2 dgnnya ms dia kat KL? sept (HRC + H pun) ni BURJ {dubai bkn al arab} akan scara rasminya jd mnara tertinggi dunia...


Gila panjat bangunan
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Memanjat bangunan adalah minat, hidup dan kegilaan saya,” kata ‘Spiderman’ warga Perancis yang menggemparkan ibu negara selepas memanjat Menara Berkembar Petronas (KLCC) tanpa kebenaran, Selasa lalu.

Alain Robert Philippe, 47, yang kelihatan keletihan, berkata demikian kepada wartawan selepas membayar denda RM2,000 yang diperintahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah menceroboh bangunan tertinggi di Malaysia itu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Berdasarkan pertuduhan, Philippe didakwa melakukan pencerobohan jenayah terhadap bangunan KLCC, di Menara 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jalan Ampang, dekat sini, kira-kira jam 8.30 pagi, 1 September 2009.










Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohamad manakala Philippe diwakili peguam KK Wong.

Terdahulu, ketika membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya, Wong memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman tinggi terhadap Philippe kerana lelaki itu hanya melakukan aktiviti yang dicintainya dan berjanji tidak memanjat bangunan di Malaysia lagi.

“Tertuduh tidak mengaut sebarang keuntungan atau publisiti daripada aktiviti memanjat bangunan. Philippe berbuat demikian semata-mata kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti berkenaan walaupun menghidap 60 peratus penyakit kurang upaya,” katanya.

Wong turut menjelaskan lelaki Perancis yang mempunyai tiga anak itu banyak melakukan program amal bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengutip derma membantu golongan memerlukan.

Philippe yang dijadualkan pulang ke Paris pada 7 September ini, bercadang memanjat bangunan yang tertinggi di Dubai.

Kelmarin, akhbar melaporkan selepas tiga kali mencuba, akhirnya Philippe atau lebih dikenali ‘Spiderman’ menamatkan misinya memanjat menara KLCC tanpa disedari warga kota dan pihak berkuasa.

Memulakan pendakian pada jam 6 pagi, Robert, yang berpakaian hitam turut mengenakan logo ‘1 Malaysia’ pada seluar bahagian paha kanannya.

Tepat jam 7.45 pagi, Robert berjaya tiba di kemuncak menara berkembar itu sekali gus melangsaikan ‘hutang’ dua kali cubaan yang gagal dilunaskan sebelum ini.

Jurugambar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berjaya merakamkan beberapa aksi berani mati Robert yang selamba berdiri tanpa sebarang alat sokongan, malah turut menunjukkan dengan bangga logo ‘1 Malaysia’.