'Abu Dhabi saksi cinta'
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my
2010/02/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUANTAN: “Abu Dhabi menjadi saksi cinta kami bertaut dan kini kami kembali ke tanah air bagi merealisasikan janji kami sebagai suami isteri dengan disaksikan ibu bapa tercinta,” kata pasangan pengantin baru, Sheikh Adam Idham Fadhil, 27, dan Foo Siang Ling atau nama Islamnya, Ling Suraiyah Foo Abdullah, 29.
MESRA...pesangan pengantin memeluk mentua masing-masing sambil bapa Ling Foo Chee Chung berjabat tangan dengan Fadhil.
MESRA...pesangan pengantin memeluk mentua masing-masing sambil bapa Ling Foo Chee Chung berjabat tangan dengan Fadhil.
Sheikh Adam Idham berkata, mereka mengambil keputusan bernikah di negeri ini kerana Ling Suraiyah memeluk Islam melalui Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
“Bagi mengambil keberkatan itu, kami membuat keputusan bernikah di sini selain memudahkan kaum keluarga menghadirinya serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana Ling Suraiyah berasal dari negeri ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel di sini, kelmarin.
Selepas itu, pasangan pengantin menghadiri majlis minum teh iaitu sebahagian daripada upacara tradisi masyarakat Cina.
Ling Suraiyah dan Sheikh Adam Idham adalah pramugari dan pramugara yang bertugas dengan syarikat penerbangan antarabangsa Emiriah Arab Bersatu, Etihad Airways yang beribu pejabat di Abu Dhabi.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, hatinya terpaut kepada Ling Suraiyah yang memiliki ciri-ciri wanita timur dan sentiasa mengawal pergaulannya.
“Walaupun bertugas dengan syarikat penerbangan luar negara, Ling Suraiyah tetap menjaga tingkah laku, bijak mengambil hati saya dan seorang yang bertanggungjawab.
“Selepas ini, tiada apa lagi yang perlu dikhuatirkan kerana dia sudah sah menjadi isteri saya, malah beruntung kerana kami memiliki kerjaya yang sama dan pasti akan mengeratkan lagi hubungan kami,” katanya yang mengenali isterinya iaitu anak sulung daripada lima beradik lebih empat tahun lalu.
Ling Suraiyah pula berkata, pertemuannya dengan Sheikh Adam Idham secara tidak langsung melahirkan rasa cinta terhadap Islam dan mula belajar mengenainya dengan lebih mendalam.
“Alhamdulillah, saya memeluk Islam bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengannya, tetapi Islam memberi ‘cahaya’ baru dalam hidup saya,” katanya yang akan kembali bertugas bersama suami, 24 Februari ini.
Sementara itu, ibu Ling Suraiyah, Bon Nian Ying, 48, berkata pihaknya tiada masalah menerima Sheikh Adam Idham, malah gembira kerana anaknya kini tidak lagi bersendirian bertugas di luar negara.
Bapa Sheikh Adam Idham, Datuk Fadhil Sheikh Ahmad, 58, berkata konsep perkahwinan campur itu bukan perkara baru dalam keluarganya.
No comments:
Post a Comment