Thursday, February 18, 2010

hati2 jika umur dah nak @ telah masuk 40. dulu arwah ayahku pun kena tapi nasib selamat gara2 mengucap banyak dalam hati & selalu tolong orang sukar

Pegawai polis meninggal akibat sakit jantung


2010/02/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Asisten Superintendan Rosle Mat Jusoh, 40, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika berada di sebuah rumah di Villa Residen Jalan Ampang, dekat sini, petang kelmarin.
Pegawai polis terbabit dikatakan sempat menghubungi seorang anggota ketika dia diserang sakit jantung dan memberitahu yang dia mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata pegawai polis berkenaan dihantar ke hospital kira-kira jam 6 petang sebelum dia disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat serangan jantung secara mengejut sebelum jenazahnya dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment