Saturday, March 20, 2010

“Caranya cukup mudah dengan pengadu hanya perlu memberikan butiran berkaitan seperti nama anggota, tarikh, masa dan balai polis tempat kejadian ber...

Tindakan tegas anggota polis enggan terima aduan


2010/03/20
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang enggan menerima laporan atau aduan orang ramai berhubung sesuatu kes.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia sebahagian daripada bidang tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tanggungjawabnya melindungi keselamatan negara dan rakyat.
“Difahamkan, terdapat rungutan di kalangan masyarakat mengenai kesukaran membuat laporan polis. Ini termasuk dakwaan ada di antara pegawai dan anggota kita enggan mengambil aduan yang dibuat mereka. “Ini saya pandang serius kerana perbuatan itu tidak bertanggungjawab. Jika tidak diatasi segera, ia bukan saja menjejaskan integriti PDRM, malah rasa hormat dan kepercayaan rakyat terhadap pasukan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai membuat aduan terus ke Urus Setia Tatatertib Bukit Aman, selain Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah dan mana-mana pegawai kanan pasukan itu jika perkara itu masih berlaku.

“Jika ada pegawai dan anggota saya enggan menerima laporan, orang ramai boleh membuat aduan terus ke Urus Setia Tatatertib Bukit Aman melalui talian 03-22626150 atau 03-22626151.

“Caranya cukup mudah dengan pengadu hanya perlu memberikan butiran berkaitan seperti nama anggota, tarikh, masa dan balai polis tempat kejadian berlaku untuk tindakan susulan,” katanya.

No comments:

Post a Comment