Friday, March 26, 2010

DAH TUA BARU NAK AMBIK B2 EVEN THOUGH TELAH ADA D! KATNER PULAK AKU LETAK RESIT NI? LATER BOLEH CLAIM BALIK...

Sekolah memandu kenakan caj melampau ambil lesen B2
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/03/26
JPJ kesan pengusaha kaut untung antara RM500 hingga RM600

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan segelintir pengusaha sekolah memandu di negara ini mengaut keuntungan berganda dengan mengenakan caj berlebihan bagi pengambilan lesen motosikal kelas B2 (tidak melebihi 250cc).
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, ketika mendedahkan perkara itu berkata, ada di antara pengusaha berkenaan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM600, dua kali ganda lebih tinggi dari kadar ditetapkan kerajaan. “Bagi pengambilan lesen B2, harga yang ditetapkan ialah RM215 hingga RM250.
Bagi pelajar yang hadir ke kelas memandu tanpa dijemput tenaga pengajar, caj yang dikenakan adalah RM215.

“Mereka (pengusaha) boleh mengenakan caj tambahan untuk perkhidmatan menjemput dan menghantar pulang pelajar dari rumah ke kelas (memandu) dengan kadar RM250, tidaklah sampai dua tiga kali ganda.

“Ini perbuatan yang melampau... mereka boleh buat untung tetapi jangan sampai membebankan pengguna. Mungkin masalah ini menjadi faktor masyarakat kini semakin ramai yang menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan kos mendapatkan lesen terlalu tinggi,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau turut memberi amaran, tiada kompromi terhadap pengusaha kelas memandu terbabit, malah tindakan tegas akan diambil ke atas mereka, termasuk menarik semula lesen operasi dikeluarkan.

“Kita sedang memantau perkembangan ini, termasuk mengenalpasti pengusaha terbabit untuk memberi amaran. Jika mereka berdegil kita tidak akan teragak-agak menarik semula lesen mereka.

“Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan kerana ia turut menjejaskan nama baik dan integriti JPJ. Orang ramai yang ditipu dengan helah kotor ini tidak menyalahkan pengusaha, sebaliknya memburukkan JPJ dengan mendakwa sengaja mengaut keuntungan berlebihan.

“Sekali lagi saya tegaskan, kadar harga lesen kelas B2 ditetapkan kerajaan dan mana-mana kelas memandu tiada hak meminda harga itu bagi mengaut keuntungan berganda,” katanya.

Solah turut meminta kerjasama mangsa kegiatan itu tampil membuat laporan kepada JPJ bagi membantu mengenal pasti sekolah memandu yang terbabit untuk dikenakan tindakan.

“Perlu faham, masalah ini mungkin membabitkan seluruh negara, justeru bantuan pelbagai pihak yang mengetahui situasi ini perlu supaya tindakan segera diambil.

“Kalau harapkan pemantauan, mungkin memerlukan tempoh agak lama, jadi mangsa boleh hadir ke JPJ dengan membawa resit bayaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment