Friday, March 26, 2010

CAM NIE KENA UPAH ORANG P PANTAU...

36 lembu lesap sekali gus
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/03/26
KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera berputih mata apabila lembu peliharaannya sebanyak 36 ekor bernilai hampir RM60,000 hilang dipercayai dicuri ketika dilepaskan di sebuah ladang, di Kampung Melayu, Sri Kundang, di sini, dua minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Shaisi Omar, 57, menyedari kehilangan binatang peliharaannya itu sebaik tiba di ladang berkenaan untuk membawa pulang lembu itu yang dilepaskan sejak jam 8 pagi.
Mohamad Shaisi berkata, sebaik tiba di ladang yang berhampiran Penjara Sungai Buloh itu, beliau hampir pitam selepas melihat semua ternakan peliharaannya hilang. Katanya, beliau terpaksa mendapatkan pertolongan rakan dan penduduk di kampung untuk gerakan mencari, namun sehingga kini gagal dikesan dipercayai sudah dilarikan ke lokasi jauh.

“Sebelum ini, hampir setiap hari saya melepaskan lembu peliharaan di ladang terbabit untuk mendapatkan bekalan rumput, namun tidak pernah mengalami kehilangan lembu walaupun seekor.

“Saya terkejut dan sedih, bagaimana jumlah lembu yang banyak itu mampu dilarikan pada waktu siang tanpa disedari penduduk yang tinggal berdekatan di lokasi kejadian,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Shaisi berkata, selepas dua minggu gagal mengesan kedudukan lembu ternakan yang diusahakan sejak sepuluh tahun lalu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Rawang untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment