Quebec haram pakai burqa
2010/03/25
MONTREAL: Wilayah Kanada, Quebec meluluskan undang-undang yang mensyaratkan wanita Muslim membuka kain penutup muka apabila berurusan dengan kakitangan kerajaan.
Undang-undang itu meliputi semua pakaian termasuk burqa.
Perdana Menteri Jean Charest memberitahu sidang akhbar kerajaan wilayah itu mahu meletakkan batasan bagi tujuan mempertahankan kesaksamaan jantina dan institusi awam yang sekular. “Langkah itu bukan bermaksud untuk tidak meraikan kedatangan orang berkaitan tetapi, untuk memperkukuhkan nilai yang memupuk perpaduan.
“Kita tidak boleh menerima pakai amalan asing melainkan ia menghormati prinsip kesaksamaan di antara lelaki dan wanita dan konsep sekular kerajaan.”
Kumpulan Muslim di wilayah itu berpendapat politik di Quebec dipengaruhi debat yang berkisar kepada kes pemakaian kain penutup muka yang amat kecil. – AP
No comments:
Post a Comment