Buat laporan
Oleh Siti Anum Che Ab Wahab
am@hmetro.com.my
2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang ‘mengurung’ pegawai penguatkuasanya dalam operasi di Pedas, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan seperti samseng ditunjukkan pekerja syarikat terbabit adalah salah dan boleh diambil tindakan apatah lagi jika membabitkan penjawat awam.
“KPDNKK akan memastikan semua pegawai terbabit dalam kejadian itu membuat laporan polis supaya senang mengambil tindakan terhadap syarikat yang mengamalkan budaya samseng ini,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) untuk Februari. Menurutnya, adalah menjadi kesalahan sekiranya individu atau syarikat cuba menghalang kerja penjawat awam lebih-lebih lagi untuk tujuan kebaikan seperti operasi sijil halal berkenaan.
Sementara itu, katanya, IHP Februari menunjukkan peningkatan 1.3 peratus kepada 113.2 berbanding 111.8 pada tempoh sama tahun lalu. Indeks bagi kumpulan Makanan dan Minuman bukan alkohol dan Bukan Makanan pula menunjukkan kenaikan 1.3 dan 1.1 peratus.
Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan IHP Februari tidak menunjukkan kenaikan harga kerana secara amnya keadaan adalah terkawal.
No comments:
Post a Comment