Saturday, March 20, 2010

mereka tak suka sebab wang tu kelak akan masuk dalam kocek kroni & nepo...

Kikis rasa sangsi
Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUBANG JAYA: Rakyat negara ini harus mengikis perasaan sangsi sebaliknya menyokong produk tempatan ke arah mencipta nama Malaysia dengan jenama sendiri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe, berkata rakyat Malaysia mempunyai kemampuan untuk membawa produk tempatan ke peringkat antarabangsa dan sepatutnya ia mendapat sokongan semua orang.


“Produk dihasilkan industri tempatan terbukti berkualiti dan tiada alasan kita tidak membeli barangan buatan Malaysia. Ini terbukti apabila sebahagiannya sudah diiktiraf di pasaran antarabangsa dan sekiranya orang luar di negara mengalu-alukan barang Malaysia, tiada alasan untuk anak watan tidak bangga dan menikmati hasil itu.


“Jadi, kita perlu rasa bangga untuk memberi barangan buatan Malaysia dan kerajaan menaruh harapan tinggi bahawa rakyat negara ini akan membeli produk tempatan yang berkualiti dan ditawarkan pada harga berpatutan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan telefon bimbit eTouch Siri Smartphone Touchberry Pro dan kempen ‘eTouch - Jom Bola’ di Mydin Mall di sini, semalam.


Hadir sama, Pengarah Urusan Matrix Calibre Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar eTouch, Siew Ai Fern dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.

Tan berkata, ketika Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia tahun lalu, sebanyak 28 ekspo diadakan sebelum menghasilkan jualan berjumlah RM57.7 juta.


Beliau berkata, kempen sama akan dilancarkan pada Mei ini dan kerajaan menjangkan hasil lebih baik sambil mengharapkan rakyat terus memberi sokongan dan galakan kepada pengusaha tempatan yang menghasilkan peluang pekerjaan serta mengelak aliran tunai ke luar negara.

No comments:

Post a Comment