Thursday, April 1, 2010

habis hang lembik tak tegas camnilah jadinya...

Pemandu teksi peningkan LPKP


2010/03/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Riwayat teksi ‘cekik darah’ di sekitar bandar raya ini hanya akan berakhir sekiranya pengguna sedar dan menggunakan sepenuhnya hak mereka.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamad Sadique, mengakui sudah bosan bercerita mengenai kesalahan sama dilakukan pemandu teksi terutamanya tidak menggunakan meter, mengenakan tambang lebih, tidak mahu mengambil penumpang dan tata-laku pemandu tidak berdisiplin seperti merokok, mengikut laluan sendiri atau mengambil penumpang lain tanpa kebenaran. Malah, beliau berkata, LPKP berdepan situasi ‘tikus dan kucing’ untuk menangani masalah teksi cekik darah, termasuk meletakkan penguat kuasa di kawasan berhampiran KLCC, yang menduduki tangga teratas ‘hot spot’ iaitu paling banyak berlaku kes pemandu teksi melanggar syarat lesen.

No comments:

Post a Comment