Thursday, April 1, 2010

orang tengah biasalah nak komisen... so cari sendiri macam cuba dapatkan kerja di luar negara oleh rakyat malaya jua.

Kos tambahan ambil amah Indonesia RM4,000


2010/03/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BELANJA bagi pengambilan seorang pembantu rumah warga Indonesia RM2,415 saja, namun tambahan kos RM4,000 yang dikenakan agensi pekerjaan di Indonesia menyebabkan kos pengambilan meningkat dengan tinggi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, berkata kos yang dipersetujui kedua-dua negara yang dikenakan kepada majikan yang mengambil pembantu rumah Indonesia termasuk pengangkutan membawa masuk, bayaran levi, visa, permit kerja dan proses imigresen serta pemeriksaan kesihatan.


Manakala pembantu rumah katanya, perlu menanggung segala kos di Indonesia bernilai RM1,200.


Menurut beliau, kementeriannya sedar mengenai kos tambahan dikenakan agensi di Indonesia namun itu tidak terkandung dalam memorandum persefahamanan yang dipersetujui antara kedua-dua negara.


“Belanja yang paling tinggi dikenakan agensi di Indonesia termasuk perkhidmatan untuk mendapatkan pembantu rumah yang berada di kampung atau daerah sehingga mencecah RM4,000 menyebabkan jumlah keseluruhan yang dikenakan menjadi RM7,000 hingga RM8,000,” katanya.


Beliau berkata demikian menjawab soalan bertulis Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, semalam.

Jelaing berkata, kementeriannya kini dalam proses mewujudkan Jawatankuasa Kerja Bersama Malaysia dan Indonesia sebagai sebahagian usaha bagi melindungi pembantu rumah dari negara berkenaan.


Menurutnya, jawatankuasa itu yang dianggotai wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang membabitkan pembantu rumah Indonesia.

No comments:

Post a Comment