Sunday, April 25, 2010

bila ada pilihanraya jelah, doh... dungu, apa? realistik sikitlah + jangan hanya asyik bermimpi, mat!

Jadikan Sarapan 1Malaysia acara bulanan
Oleh Ahmad A Talib

2010/04/25
SEMALAM saya ke Kalumpang di Hulu Selangor untuk bersarapan pagi. Biasanya saya bersarapan di rumah atau di pejabat saja.

Tetapi apabila kawan-kawan mengajak bersarapan di Kalumpang atas jenama Sarapan 1Malaysia, saya tertanya-tanya, apa pula sarapan ni? Apa yang istimewanya sarapan 1Malaysia ni?
Apabila sampai di Kampung Gumut, Kalumpang, saya dapati beberapa anak muda membungkus nasi lemak dalam daun pisang. Biasalah, nasi lemak menjadi lebih menarik jika dibungkus dalam daun pisang. Saya tengok tiada ayam goreng, sotong bersambal dan rendang ayam sebagai lauk untuk nasi lemak itu. Tidak semacam nasi lemak saya makan di Tanglin, di belakang Masjid Negara.

Saya terus berasa agak kecewa. Oleh kerana sudah bangun pagi dan sudah berada di Kalumpang, saya tak berlengah dan terus menjamu selera. Waduh! Boleh tahan nasi lemak ni, hati kecil saya berkata.

Pengunjung juga dijamu dengan capati, kuih pau dan apam yang disaji dengan inti kelapa. Minumannya tidak lain dan tidak bukan teh tarik dan air mineral.

Saya mendapat satu lagi pelajaran daripada sarapan 1Malaysia semalam – jangan buat kesimpulan semata-mata apabila tengok nasi lemak yang kurang lauk! Kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak Tanglin, memanglah tidak boleh nak disamakan!
Tetapi nasi lemak sarapan 1Malaysia memang sedap! Lauknya mudah – ikan bilis, kacang tanah yang digoreng, timun, sambal ikan bilis dan sebelah telor rebus. Ia sudah memadai. Semua tetamu yang ada boleh makan – Melayu, Cina, India. Tidak pedas, tidak manis – sedang elok saja!

Oleh demikian, saya ingin mencadangkan supaya Sarapan 1Malaysia dijadikan acara bulanan yang mana jiran tetangga semua bangsa dapat memupuk persefahaman dengan lebih erat.

Ia tidak perlu hidangan mahal. Memadai ada nasi lemak, roti canai atau tosai, sedikit mi kari atau yong tau fu dan capati. Memang sedap dan laris!

No comments:

Post a Comment