Sunday, April 25, 2010

patut badan hang besar, banyak kolesterol rupa2nya... punca pelbagai penyakit? maka kita tak semesti makan nasi lemak + minum teh tarik tanda bersatu!

Makanan warisan cerminkan sejarah, ideologi: Rosmah


2010/04/25
sebelum - selepas
ROSMAH bersalaman dengan Wanita Umno ketika hadir di Bilik Gerakan Barisan Nasional Bukit Beruntung, semalam. ORANG ramai tidak melepaskan peluang membawa pulang nasi lemak pada Pesta Nasi lemak, Teh Tarik dan Makanan Warisan 1Malaysia, semalam.

ROSMAH bersalaman dengan Wanita Umno ketika hadir di Bilik Gerakan Barisan Nasional Bukit Beruntung, semalam.
KUALA KUBU BHARU: Makanan warisan sesebuah negara amat penting kerana ia turut mencerminkan sejarah alam sekitar, kepercayaan dan ideologi, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata, makanan warisan seperti nasi lemak juga memberikan gambaran mengenai pengaruh dan pendedahan luar serta menunjukkan teknologi menghasilkan makanan sesebuah masyarakat atau zaman.
“Nasi lemak dan teh tarik memang menjadi kegemaran orang Malaysia, juga kegemaran saya dan suami (Datuk Seri Najib Razak). Kalau pergi ke mana-mana negara pun, sampai saja di lapangan terbang, saya akan bertanya kepada kakitangan kedutaan, mana nasi lemak. “Kita orang Malaysia, kalau makan makanan barat hanya tiga hari saja dan selepas itu, kita mesti cari semula makanan rutin kita... nasi," katanya ketika merasmikan Pesta Nasi Lemak, Teh Tarik dan Makanan Warisan 1Malaysia, di sini semalam.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pesta itu yang bertujuan mengetengahkan identiti kebangsaan melalui makanan rakyat Malaysia mengandungi 29 gerai yang menyediakan makanan warisan, termasuk roti canai, nasi lemak, pau dan kuih-muih percuma kepada pengunjung.

Pada majlis sama, Rosmah turut menyaksikan rekod baru nasi lemak terbesar setinggi enam kaki dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.
Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Ceria Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) bersama Chef Jaafar Onn di Bukit Sentosa, Rosmah berharap rakyat akan terus menghargai kemakmuran negara yang membolehkan mereka hidup dengan aman dan tidak menghadapi masalah kebuluran.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan sentiasa mementingkan pembangunan termasuk kebajikan dan pendidikan berbanding beberapa negara yang menghadapi masalah menyediakan kemudahan berkenaan.

“Jika ada masa, pergilah ke negara jiran dan lihat bagaimana mereka tidak cukup makan. Saya selalu katakan ketika menyampaikan ucapan di luar negara, kita tidak ada masalah itu. Kita cukup makan dan cukup segala-galanya.

“Rakan saya, isteri Perdana Menteri Jamaica pernah memberitahu negara itu ingin membina Taska tetapi tidak cukup duit sehingga terpaksa membuat yayasan meminta wang daripada orang ramai... itu pun masih tidak cukup.

"Sebab itu kita di Malaysia berasa syukur ke hadrat Allah... negara kita selamat, cukup makan, pakai dan anak-anak pergi sekolah, tiada yang kurang," katanya.

Rosmah berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, justeru mereka harus terus menyokong kerajaan dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.

"Suami saya (Datuk Seri Najib Razak) tidak mahu layan fitnah dan tidak pandai nak mengata orang. Kita fikir bagaimana nak majukan negara dan menaikkan taraf hidup rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment