Monday, April 26, 2010

DULU TOK NENEK AKU TAK KENA SUNTIK PUN BOLEH HIDUP LEBIH LAMA DARIPADA BEBUDAK SEKARANG... ENTAH2 ADA CAMPURAN KHINZIR DALAM INJECTION TU? TAKTIK JEW!

17,000 disuntik
Oleh Norainon Othman

2010/04/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 17,000 pelajar perempuan tingkatan satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya terbabit dalam program suntikan virus papiloma manusia (HPV), tahun ini.
Suntikan bagi mempertingkatkan pertahanan tubuh terhadap virus HPV yang juga punca utama kanser servik itu membabitkan 104 sekolah menengah iaitu 90 sekolah menengah kebangsaan, sekolah persendirian (13) dan satu sekolah pendidikan khas. Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Zainol Abidin Pawanchee, berkata taklimat mengenai pelalian HPV kepada sekolah yang terbabit dalam program itu diadakan 16 April lalu.


Tiga dos akan diberikan kepada pelajar bermula dengan dos pertama pada Mei, dos kedua pada Jun, manakala dos ketiga diberikan enam bulan selepas dos pertama.


Menurutnya, suntikan itu dilakukan dengan kebenaran ibu bapa pelajar dan mereka yang tidak membenarkan anak disuntik akan diberikan kaunseling serta dikehendaki menghantar sendiri anak untuk pelalian di klinik persendirian dengan kos kira-kira RM1,000.


“Pasukan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan akan pergi ke sekolah di Kuala Lumpur untuk memberikan pelalian berkenaan. Program pelalian HPV kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran ini diharap dapat dilaksanakan dengan jaya,” katanya.


Dr Zainol berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Jalan Foss, di sini, kelmarin. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran WPKL, Mohd Amir Abdul Ghani. Beliau berkata, kanser servik ialah kanser ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal di kalangan wanita yang menetap di Kuala Lumpur. Selain amalan cara hidup sihat, nyawa wanita dapat diselamatkan daripada kematian kanser servik melalui pengesanan awal ujian pap smear dan pencegahan jangkitan HPV dengan pelalian HPV.


Sebanyak 1,074 kes kanser servik dilaporkan dengan kadar insiden 12.2 per 100,000 penduduk. Dianggarkan seramai 1,500 wanita Malaysia menghidap kanser servik pada setiap tahun. Majoriti lewat mendapatkan rawatan, 80 peratus kanser servik hanya dapat didiagnosa selepas ia berada di tahap yang sukar untuk dirawat.

No comments:

Post a Comment