Monday, April 26, 2010

JIKA MINTA BAIK2 PASTI DAPAT PUNYA... HARAP2 PEMUDA TIDAK DIANIYA @ DIFITNAH & SEBAB TUH BAGUS KAHWIN AWAL @ JANGAN HAMPIR DENGAN BENDA2 NAIK SYAHWAT.

Janda rebah
Oleh Rosliza Mohamed

2010/04/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: Jeritan rakan menyelamatkan seorang janda beranak enam daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di kebun getah di Kampung Bukit Ipoh, Batu Melintang, Jeli.
Perbuatan biadab berkenaan dilakukan seorang pemuda berusia 18 tahun ketika menoreh getah dengan wanita terbabit di kebun kampung itu, kira-kira jam 10.30 pagi, Khamis lalu.


Sebelum itu, mangsa berusia 43 tahun sedang menoreh getah bersendirian, begitu juga dengan pemuda terbabit.


Beberapa minit kemudian, pemuda terbabit yang berpura-pura mencari pisau menoreh getahnya yang hilang datang ke arah mangsa sebelum bertindak memeluknya dari belakang.


Akibatnya mangsa rebah dan pemuda terbabit menindih badannya sambil menutup mulut dengan tangan bagi mengelak wanita itu menjerit.


Difahamkan ketika itu, pemuda terbabit turut mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya tetapi tidak diendahkan, sebelum seorang rakannya berusia 37 tahun memanggil namanya.


Pemuda terbabit yang dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut kemudian terus melarikan diri dari kawasan kebun getah berkenaan.


Selepas kejadian itu mangsa pulang ke rumah dan hanya membuat laporan di Balai Polis Jeli, kira-kira jam 7.10 petang pada hari sama.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Muhamad Hanifah Abdul Malek ketika dihubungi, berkata sebaik menerima maklumat, suspek terbabit akhirnya ditahan di sekitar kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah malam.

Menurutnya, suspek terbabit kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.


“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment